| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Memberi kehormatan atau memberi penghormatan? Atau kedua-duanya sama makna? | Salam sejahtera, Tuan, Kehormatan bermaksud pemberian hormat atau pemberian kerana menghargai jasa seseorang. Penghormatan pula bermaksud perihal atau perbuatan menghormati. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Istilah | 28.02.2018 |
| Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud? | Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama. "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia". Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. | Makna | 19.12.2014 |
| Pilihan Manakah yang tepat dari segi tatabahasa: Institusi Pemberi Pinjaman atau Institusi Pemberian Pinjaman? a.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberian Pinjaman. b.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberi Pinjaman. | Institusi Pemberi Pinjaman lebih tepat dari sudut tatabahasa. | Tatabahasa | 30.08.2023 |
| Kata "ANUGERAH", adakah boleh digunakan mendeskripsikan dalam pemberian kenaikan pangkat seseorang penjawat awam? Adakah ianya pemilihan kata yang bersesuaian? Apa yang saya sedia maklum, anugerah bermaksud hadiah atau pemberian drpd orang yang lebih tinggi darjatnya. Contoh ayat, "syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan/puan atas penganugerahan ini" dalam konteks kenaikan pangkat. Mohon pencerahan. | Kenaikan pangkat lazimnya tidak disebut sebagai anugerah. Contohnya, YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran atau disebut juga YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu. | Tatabahasa | 28.11.2019 |
| Yakinilah bahawa pemberian Allah lebih baik berbanding apa-apa yang kita hajati. Adakah perkataan bahawa dalam ayat ini boleh digugurkan? | Salam sejahtera, Bagi maksud ayat yang dikemukakan, perkataan 'bahawa' boleh digugurkan namun hasilnya ayat menjadi kurang gramatis. Oleh itu, eloklah dikekalkan penggunaan perkataan 'bahawa' dalam ayat yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit pembetulan pada ayat menjadi 'Yakinilah bahawa pemberian Allah SWT adalah lebih baik berbanding perkara lain yang kita hajati.' | Tatabahasa | 07.01.2013 |
| slm, adakh ayat ni btl? 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia yang telah kerajaan berikan sekali gus meringankan keluarga"kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Msia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Abdul Razak. iii. " Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa"kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih. | 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia oleh kerajaan sekali gus meringankan keluarga," kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. iii. "Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa," kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
| maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' . | Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas. | Makna | 10.05.2007 |
| Salam Sejahtera, Apakah padanan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk dosing (dari konteks pemberian ubat kepada pesakit)? Sehingga hari ini, saya menggunakan perkataan pendosan. walau bagaimanapun, perkataan ini tidak tepat dari segi pengimbuhan kerana perkataan satu suku kata seharusnya menerima apitan penge-...-an, iaitu menjadi pengedosan. Namun begitu, kedua-dua perkataan "pendosan" dan "pengedosan" tidak dapat dicari dalam PRPM. Mohon pandangan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut istilah Farmasi, digunakan istilah pengedosan, iaitu contohnya dosing interval yang bermaksud jarak masa di antara pemberian dos-dos tambahan suatu drug. Oleh itu padanan yang sesuai untuk dosing ialah pengedosan. | Istilah | 02.05.2019 |
| Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | 1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
| Apa beza persijilan dengan pensijilan? | pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan | Tatabahasa | 05.04.2011 |