Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagi membezakan Nama Pejabat Keselamatan adakah sesuai nama seperti berikut:- Pejabat:- -Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. -Pejabat Sekuriti. Jawatan:- -Pengarah Keselamatan. -Pengarah Sekuriti. | Frasa Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pejabat Sekuriti, Pengarah Keselamatan dan Pengarah Sekuriti kesemuanya betul. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
"Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau "Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta" atau kedua-duanya sekali boleh digunakan? | Perkataan pejabat tidak perlu diulang kerana perkataan 'kompleks' telah membawa makna 'kumpulan' atau 'banyak'. Perkataan yang betul ialah Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan imbuhan/kata sendi yg betul dlm ayat di bawah ini. a. Dimintai @ diminta semua pelajar membawa .... b. Jauhi ubat nyamuk dari @ daripada langsir itu. c. Ibu pejabat @ Pejabat ibu (Hukum DM) Sekian, ribuan terima kasih | Ayat/frasa yang betul ialah: A. Diminta semua pelajar membawa .... B. Jauhi ubat nyamuk daripada langsir itu. - merujuk punca C. Ibu pejabat - kekecualian Hukum D-M kerana kebiasaan dalam penggunaan sama seperti perdana menteri. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
maksud pejabat maya | Pejabat maya bermaksud tempat menyimpan atau pejabat yang menguruskan sesuatu yang tidak nampak secara fizikal. | Makna | 06.11.2007 |
PEJABAT URUSAN MOONLIGHT TRADE Sdn Bhd (977130-W) | Penggunaan perkataan adalah betul, sila kunjungi "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk tujuan pengesahan iklan (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 16.02.2012 |
PEJABAT URUSAN DAN PENGHANTARAN DATEX LOGISTICS SDN.BHD. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.01.2012 |
PEJABAT URUSAN KONTRAKTOR MARIN, SIVIL DAN ELEKTRIK. DIMILIKI OLEH BENCHMARK MARINE SDN. BHD. (805493-A) | Sila kemukakan permohonan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu 'e-Perkhidmatan' dan kemudian klik 'Khidmat Pengesahan Bahasa DBP'. Skrin 'Daftar Masuk' akan dipaparkan. Sila daftar terlebih dahulu dan semak e-mel untuk mendapatkan 'Kod Pengaktifan'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan. | Lain-lain | 14.09.2011 |
ibu pejabat | ibu pejabat | Ejaan | 28.06.2011 |
laporan dari/daripada pejabat | laporan daripada pejabat | Tatabahasa | 16.10.2008 |