Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kedai butik / pakaian fesyen? | kedai pakaian / butik pakaian | Lain-lain | 04.04.2007 |
Adakah perkataan "Kedai Butik" sesuai digunakan untuk kedai pakaian...contoh ayat : " Kedai Butik Asmah D' Boutique" | Keterangan aktiviti yang sesuai bagi kedai pakaian ialah "Kedai Pakaian" atau "Butik". | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)? | Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001 | Lain-lain | 18.10.2007 |
kedai pakaian | Bahasa yang digunakan ialah betul. Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses pengesahan selanjutnya. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Kedai Pakaian Dan Kasut | dan -Kecil | Ejaan | 13.06.2011 |
1.Pakaian itu telah dia basuh semalam. 2.Sesetengah murid lebih suka belajar secara bersendirian. Yang mana satu betul ayatnya.Boleh jelaskan kenapa? | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya? | 1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 15.10.2009 |
kedai menjual pakaian | Salam sejahtera, Bersama-sama ini disertakan visual papan tanda yang telah disahkan betul bahasa Melayunya. | Lain-lain | 08.01.2013 |
Assalamualaikum, Ayat yang manakah yang paling tepat? Soalan pertama a) Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. b) Pakaian artis itu sungguh menjolok mata. Soalan kedua a) Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke masa. b)Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari masa ke semasa. | 1. Ayat yang betul ialah: a)Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. 2. Ayat yang betul ialah: Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 04.11.2012 |
1. apakah makna 'elaun pakaian panas' dalam bahasa inggeris? Sesuaikah 'summer cloth allowance' dengan perkataan di atas. Minta bantuan. Sekian dulu, terima kasih. | Elaun pakaian panas ialah sejenis elaun yg diberikan kepada kakitangan kerajaan yg mengunjungi negara yg mempunyai lebih daripada satu musim. Misalnya ke Eropah atau sebagainya. 'Summer Cloth Allowance" sesuai digunakan untuk perkataan elaun pakaian panas. T.kasih. | Lain-lain | 04.09.2008 |