Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan? | Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna. | Ejaan | 19.05.2024 |
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan. | Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan". | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Assalamualaikum, salam sejahtera, sebelum ini saya ada bertanya berkaitan perkataan "jentu" dan "pedunkel". Saya sedia maklum yang "pedunkel" tidak merujuk khusus pada tangkai bunga tetapi juga anatomi pada tubuh badan. Tapi adakah "jentu" di sini boleh merujuk pada "pedunkel" yang ada pada tumbuhan berdasarkan huraiannya iaitu, "jentu" merujuk pada "tangkai yang terbesar pada gubahan bunga" (di mana "gubahan bunga" boleh merujuk pada "infloresens"), sedangkan "pedunkel" pula adalah "tangkai induk yang menyokong infloresens"? | Penggunaan kata "jentu" bagi makna "pedunkel" pada tumbuhan perlu dipersetujui dan disepakati oleh pakar bidang tersebut dan pakar bahasa. Walaupun, makna kata ini mempunyai persamaan namun penerimaan dan perakamannya dalam sesebuah kamus perlu mendapat pengesahan pakar. Cadangan untuk menggunakan kata "jentu" ini dalam penulisan ilmiah atau dalam penyebaran ilmu dan sebagainya adalah baik, namun maknanya perlu diberikan takrifan baharu seperti "pedunkel" yang berbeza daripada makna "jentu" sekarang (terhad kepada makna untuk gubahan bunga; bukan tumbuhan yang asli). | Makna | 29.05.2023 |
Selamat sejahtera. Pada waktu pagi dan malam/ pada waktu pagi dan pada waktu madam(yang mana satu betu?) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Pada waktu pagi dan malam…” | Tatabahasa | 28.01.2024 |
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud? | Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini. | Makna | 18.01.2024 |
Mohon semak ayat di bawah, ayat mana yang betul? 1) tertakluk peruntukan diluluskan pada tahun 2024 2) tertakluk kepada peruntukan diluluskan pada tahun 2024 3) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024 4) tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan pada Tahun 2024 | Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" | Tatabahasa | 31.10.2023 |
Salam, manakah yang tepat: [a] pada malam kedua puluh satu [b] pada malam dua puluh satu [c] pada malam ke-dua puluh satu [c] pada malam ke dua puluh satu? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah “pada malam kedua puluh satu.” | Tatabahasa | 25.06.2024 |
Kenapa maklumat kata pada antara muka PRPM pada telefon pintar tidak tertera ejaan jawi seperti pada antara muka komputer? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.06.2024 |
Saya ingin bertanya penggunaan ayat untuk pada bibir atau di bibir. Adakah kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung pada pembinaan ayat? Contoh: Senyuman di bibirnya sangat manis. Contoh: Rekahan pada bibirnya semakin teruk. | Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Contoh ayat: pada: Terdapat luka pada bibir abang. di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274. | Tatabahasa | 05.03.2024 |
Pada 2 tahun lepas, pihak DBP telah memperkenalkan perkataan baru iaitu selam rinci yang asalnya daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu deep dive. Boleh tunjuk contoh penggunaan selam rinci dalam ayat? Kalau dalam English, "My manager wants me to a deep dive on our main competitor." | Selam rinci ialah istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. Contoh penggunaannya Tujuan selam rinci adalah untuk menyoal siasat dan mewujudkan asas bukti yang koheren mengenai kualiti sistem pendidikan. | Tatabahasa | 03.07.2024 |