Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat sejahtera, Bagaimanakah penggunaan 'nian' dalam ayat? Bagaimana saya hendak menerangkan kpd anak murid saya jika hanya dgn memberi 2 cth iaitu indah nian dan cantik nian? Apakah perkataan lain selain indah dan cantik? Bolehkah gemuk nian atau sebarang kata adjektif digunakan bersama 'nian'?TQ | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. | Makna | 30.01.2008 |
Kata Penguat "nian" boleh digunakan di belakang kata adjektif seperti indah dan cantik. Bagaimana pula dengan kata adjektif lain? Adakah penggunaannya tiada had untuk kata adjektif lain? "elok nian" betul tak? | Nian ialah kata penguat yang letaknya di belakang kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, dan sungguh. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, contohnya segak nian, bodoh nian. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Apa kah maksud/kata erti untuk NIAN | Nian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1080. | Makna | 27.05.2008 |
Saya ada terbaca dalam laman tuan mengenai penggunaan kata penguat nian yang boleh digunakan di hadapan kata adjektif cantik/indah. Adakah kata penguat ini relevan di hadapan kata adjektif nian. | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
Apakah perbezaan antara penggunaan nian dengan kata penguat belakang lain? Saya mendapati satu soalan dengan wujudnya dua kata penguat belakang, iaitu nian dan benar, murid saya pilih jawapan benar, tetapi jawapan yang diberikan dalam buku itu ialah nian. Adakah cara-cara yang jelas bagi membezakan nian dengan benar? | Saudara/Saudari, Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya. Jika mengikut sumber kami, tiada kesalahan sekiranya kata penguat nian dan benar digunakan dalam ayat sekiranya penggunaan kata penguat tersebut diletak selepas kata adjektif. Saudara/saudari eloklah sekiranya berhubung dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kerana mungkin pihak mereka meletakkan sesuatu kriteria dalam cara penyemakan jawapan para pelajar. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
soalan saya,perkataan INDAH NIAN itu betul atau salah? contoh ayat. pemandangan sawah padi itu indah nian. | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
terima kasih atas jawapan tuan. ttetapi dalam kamus dewan edisi ketiga, nian untuk menggambarkan maksud kata sebelumnya. kalau kita guna nian seperti contoh di bawah, boleh tak : tinggi nian bangunan moden itu. terima kasih. | Nian merupakan kata penguat belakang iaitu di belakang kata adjektif. Penggunaan nian dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Saya ada terbaca dalam laman tuan mengenai penggunaan kata penguat nian yang boleh digunakan di hadapan kata adjektif cantik/indah. Adakah kata penguat ini relevan di hadapan kata adjektif indah. | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata nian digunakan untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain, seperti cantik nian, indah nian dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
kenapa frasa amat indah nian a dalah betul ? amat dan nian membawa maksud sangat. Bukankah kesalahan ini sama dengan paling indah sekali ? | Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Paling, ter- dan sekali ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, amat indah nian adalah betul kerana amat ialah kata penguat bebas dan nian ialah kata penguat belakang. Paling indah sekali adalah bentuk lewah, kerana . kedua-dua paling dan sekali ialah penanda darjah tertinggi, maka bentuk ini salah. | Tatabahasa | 27.07.2007 |
1. Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.Adakah penggunaan kata penguat nian betul dalam ayat tersebut. 2. Ali mengambil air untuk memasak atau Ali mengambil air untuk dimasak.Bolehkah analisis dua bentuk ayat itu. 3. Boleh mencarikan saya kata istana untuk raja berikut a. melihat dan b. bersetuju 4. Ali mencari maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan internet.Adakah ayat ini salah Sekian, terima kasih ! | Salam sejahtera, Kata penguat nian bereti terlalu sangat, amat benar, sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya. Oleh sebab itu, penggunaannya hanya betul dalam konteks ayat "Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu. Bukan "Nian segak Ali yang berpakaian baju Melayu." Rujuk Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan. Analisis ayat:Ali mengambil air untuk memasak adalah seperti yang berikut: Menurut Kamus Dewan kata "memasak" merupakan terbitan daripada kata masak yang bererti membuat lauk-pauk (kuih-muih, dll), mengolah makanan supaya masak. Ayat yang pertama membawa maksud Ali mengambil air untuk tujuan memasak makanan. Walau bagaimanapun ayat tersebut perlu diperbaik dengan meletakkan objek kerana kata memasak ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Ayat menjadi lengkap dengan meletakkan objek. Contoh: Ali mengambil air untuk memasak nasi. Analisis ayat:Ali mengambil air untuk dimasak adalah seperti yang berikut: Kata "dimasak" merupakan bentuk pasif memasak. Ayat ini bermaksud Ali mengambil air untuk dimasak atau dipanaskan sehingga mendidih. Kata bahasa istana untuk kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. melihat - Tidak ada yang khusus. Jika dilihat dalam teks-teks lama, kata melihat atau memandang digunakan. b. bersetuju - berkenan Ayat:Ali mencari maklumat pelajaran menggunakan internet. Ayat tersebut betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.03.2008 |
|
|