Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud 'juragan' | Maksud juragan merujuk Kamus Dewan 1. nakhoda (kadang-kadang juga pemilik kapal); 2. (Sunda) tuan, puan; 3. Jw pengusaha (terutama batik). | Makna | 12.12.2006 |
Tuan, Ayat: Apabila hendak belayar,anak kapal itu membongkar sauh selepas diarahkan oleh nakhoda kapal. Pilih perkataan berlawan bagi membongkar. Yang mana jawapannya : melabuh atau menurun | Jawapan yang tepat ialah melabuhkan. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN. | 1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda. Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas. 2) Ejaan yang betul ialah titisan. Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP. | Makna | 01.06.2009 |
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai penulis novel Siti Aminah hj yusof dan Sarimah bardon untuk penyelidikan saya.terima kasih | Pihak kami tidak mempunyai biografi lengkap kedua penulis ini. Akan tetapi diharap alamat kedua penulis ini dapat membantu. 1.Sarimah Bardon Lot 8620, Lorong 26, Kampung Nakhoda Kanan, 68100 Batu Caves, Selangor Tel: 03-61859952 2.Siti Aminah Haji Yusof, No. 11, Jalan Rodat 11/2H, 40100 Shah Alam, Selangor Tel : 03-55193732 | Lain-lain | 02.06.2008 |
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon. | Mencari Teduh di Kuala Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor
Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kirana Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik. | Lain-lain | 02.06.2008 |
|
Puisi |
---|
|
Kain kasa berbunga dedap, Dibawa nakhoda di negeri Keling; Hati berdebar rasa tak sedap, Kerana cinta sudah berpaling.
Lihat selanjutnya... |
|