Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
wajahnya nampak________kerana kurang tidur selama berapa hari. a) muram b) tegang c) murung d)cengkung | Saudara, Ayat yang betul ialah : Wajahnya nampak cengkung kerana kurang tidur selama beberapa hari. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Apakah maksud melankolia? | Maksud melankolia ialah penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. | Makna | 19.02.2010 |
apakah maksud melankolia | Feat3, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. lihat makna milankolia yang dipetik daripada kamus ini . (mélankolia) (Ubat) penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan - Terima Kasih. | Makna | 05.02.2009 |
Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya. | 1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.". 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing. | Tatabahasa | 15.05.2013 |