Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dari/daripada seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Dari seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa? | Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman. | Tatabahasa | 29.10.2010 |
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini? | Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
apa makna perkataan catar ? Perkataan catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan tetapi acap digunakan seperti bas catar. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, chartered diterjemahkaan sebagai dicater (disewa). Contoh: Chartered freight - tambang-muatan cater (istilah undang-undang). Chartered bus. Bas yang dicater. | Makna | 09.05.2011 |
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |
|
Puisi |
---|
|
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
Lihat selanjutnya... |
|