Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah muat turun dan muat naik ialah kata majmuk? | Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Oleh itu, "muat turun" dan "muat naik" ialah kata majmuk. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
1. muat turunkan atau muatturunkan ? 2. tambah baikkan atau tambahbaikkan ? 3. muat naikkan atau mautnaikkan ? | Ejaan yang tepat ialah 1. muat turun. 2. tambah baik atau penambahbaikan. 3. muat naik. | Ejaan | 05.09.2010 |
Bolehkah perkataan "muat turun" diimbuhkan dengan imbuhan me-...-kan? Jika boleh diimbuhkan, adakah penggunaannya dalam ayat ini betul? Anda boleh "memuaturunkan" berita ini dari laman web.... | Ungkapan tersebut betul. | Tatabahasa | 16.11.2007 |
SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN? | Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 17.09.2013 |
Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih | Salam, Di mana boleh saya muat turun "Panduan Penyediaan Manuskrip" untuk penerbitan dalam DBP? Terima kasih MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBERI SECARA LENGKAP CUMA PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP SEPERTI DIBAWAH. Setiap manuskrip mestilah mempunya tiga bahagian iaitu seperti yang diperturunkan dibawah. PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP LENGKAP• Bahan Awalan Bahan yang dicetak sebelum bahagian teks seperti judul separa, judul penuh, halaman hak cipta, prakata, pendahuluan, dedikasi, halaman kandungan dsb. • Bahan teks/isi Bahagian utama dalam sesebuah buku yang mengandungi teks(isi),rajah, jadual, nota kaki, nota hujung, petikan. • Bahan akhiran Bahan yang dicetak selepas bahagian teks termasuk lampiran, glosari dan senarai istilah, bibliografi, dan indeks. | Lain-lain | 15.12.2008 |
Adakah penggunaan ayat berikut betul; 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' Terima kasih! | Ayat 'Sila klik imej untuk muat turun borang penyertaan' betul dan tidak mengandungi kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 02.03.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk pakaian yang sudah tidak boleh dipakai kerana tidak muat. adakah ketat, sempit atau sendat? terima kasih. | Ketat, sama makna dengan sempit, sendat ataupun tidak longgar. Tidak ada satu perkataan yang khusus merujuk pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat. Pakaian yang tidak boleh dipakai kerana tidak muat berkemungkinan kerana ketat/sempit/sendat. | Tatabahasa | 30.06.2008 |
Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasih | Untuk makluman puan, kami tidak memiliki salinan lembut (soft copy) Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi. Kami sendiri masih menyemak menggunakan salinan keras (hard copy) panduan tersebut. Sila hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa, Tingkat 24, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.05.2011 |
kenapa tiada laman web khusus untuk muat turun edisi kamus dewan? | Saudara boleh melayari laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 24.10.2009 |
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun. | Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama. | Lain-lain | 17.05.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Perahu saya muat kendi, Jangan diliuk dilenggang lagi; Kami jahat biar pergi, Jangan cinta dikenang lagi.
Lihat selanjutnya... |
|