Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana menulis perkataan yang ada 'ala' di hadapannya. Contoh: Ala Inggeris. (mirip-mirip Inggeris). Perlukah diletakkan tanda sempang di hadapan perkataan Inggeris itu? Contoh: Ala-Inggeris. | Ejaan yang betul ialah ala Inggeris. | Ejaan | 02.12.2011 |
Assalamualaikum, Saya ingn bertanya berkaitan golongan kata bagi perkataan 'mirip'. Jika diteliti dalam PRPM, 'mirip' dikategorikan sebagai kata kerja. Pada pandangan saya, 'mirip' lebih cenderung digolongkan sebagai kata adjektif kerana dapat digandingkan dengan kata penguat. Apakah kriteria yang digunakan oleh PRPM untuk menggolongkan perkataan 'mirip' dalam kategori kata kerja? | Perkataan mirip telah dikategorikan sebagai kata kerja. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Mirip didefinisikan sebagai menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. Merujuk kepada definisi menyerupai benar tersebut, 'menyerupai' merupakan kata kerja yang memberi makna kepada mirip. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Selamat sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (m/s 166), imbuhan ber- yang mirip dengan pengertian pasif itu dikira kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Contoh: Baju saya belum berbasuh. Kata kerja berbasuh diambil kira sebagai kata kerja pasif ataupun kata kerja tak transitif. Sekian, terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa perkataan tersebut (seperti contoh yang diberikan) mirip dengan pengertian pasif tetapi kelas kata tetap kata kerja tak transitif. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Apakah english reflexive pronouns dalam bahasa Melayu? Adakah sendiri, dirinya sendiri, diri, dirinya merupakan perkataan yang mirip gantinama reflexive bahasa inggeris? Saya cari 'sendiri' dan didapati ia termasuk dalam tatabahasa bahasa melayu golongan kata nama. Tolong beri penerangan. terima kasih. | Istilah reflexive pronoun dalam bahasa Melayu ialah kata ganti refleksif. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maknanya dengan lebih lanjut. | Istilah | 07.10.2010 |
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile? | Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih. | Makna | 08.07.2008 |
1...pada peringkat / di peringkat? 2.Erti simulaktif | 1. jawapan yang betul ialah pada peringkat. 2. ' simulaktif' tiada dalam kamus dewan. makna yang paling hampir untuk simulaktif ialah simulasi perbuatan (latihan) yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat buat tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Dalam penulisan surat, ada yang menulis "Saya diarah merujuk perkara di atas ..." dan ada pula yang menulis "Saya telah diarahkan untuk merujuk perkara di atas ..." Soalan saya ialah yang mana satu betul? | Encik Yahya, Jawapan yang betul ialah, "Saya diarah merujuk perkara di atas...... kerana kita jarang menggunakan perkataan telah dalam penggunaan ayat seperti ini. Telah lebih mirip dalam penulisan bahasa Inggeris - past tense.Terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2010 |