Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih. | Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013. | Lain-lain | 29.01.2013 |
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
( Pada minggu lalu,Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung) Adakah perkataan minggu boleh dikira sebagai kata nama am? | Kata 'minggu' dalam ayat 'Pada minggu lalu, Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.' tergolong sebagai kata nama am. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah hujung minggu. Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
| Tatabahasa | 07.01.2013 |
Dia akan berpindah ke Melaka pada minggu ini atau minggu hadapan. Adakah ayat tersebut betul atau salah? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh meradang ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |
saya nak tanya yang mana satu betul.. bazar minggu atau bazar mingguan yang betul? terima kasih | Kedua-duanya betul. Bazar Minggu ialah nama bazar tersebut, manakala bazar mingguan menandakan bahawa bazar tersebut diadakan pada setiap minggu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat bertumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Apakah maksud sebenar istilah 'minggu pertama' dalam sesuatu bulan? | Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan tetapi tidak ditentukan satu haribulan jatuh pada hari apa. | Istilah | 04.11.2008 |