Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, "Menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut" atau "Menurut dua pertiga responden daripada ketiga-tiga buah negara tersebut"? Sekian, terima kasih. | Menurut data kami ayat yang betul ialah menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut. | Lain-lain | 04.05.2020 |
Menurut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hadir sebelum kata nama/frasa nama. | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265, kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa nama. | Tatabahasa | 14.01.2025 |
Menurut Kamus Dewan 2020, jakun merujuk kepada seseorang yang hairan atau pelik apabila melihat sesuatu yang baharu, ganjil, atau luar biasa. Perkataan ini sering digunakan dalam percakapan harian dengan nada sindiran atau penghinaan, namun Jakun juga merupakan nama salah satu suku kaum Orang Asli. Bolehkah saya mendapat penjelasan mengapa perkataan yang berpotensi menyinggung perasaan masyarakat Jakun ini dimasukkan dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih. | Sesebuah kamus berfungsi sebagai perakam maklumat berkaitan sesuatu kata dalam sesuatu bahasa. Maklumat berkaitan sesuatu kata diperoleh daripada data korpus, termasuk rakaman makna secara lisan dan daripada sumber rujukan terdahulu. Perbezaan makna menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan yang terkandung dalam setiap bahasa yang terdapat di dunia, termasuk bahasa Melayu. Jika maklumat tentang sesuatu kata itu tidak dirakamkan (dijadikan kata masukan dalam sesebuah kamus), masyarakat dan generasi seterusnya tidak memperoleh rujukan yang sebenar dan hal ini menyebabkan ketidaktelusan dan kelompongan maklumat berkaitan kata tersebut berlaku. Perakaman maklumat dalam kamus-kamus terbitan DBP, termasuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak. Maklumat yang dibekalkan adalah autentik dan selaras dengan prinsip leksikografi dunia yang terkini dan terbukti digunakan oleh masyarakat. Pengguna bahasa haruslah memanfaatkan maklumat yang dibekalkan (yang dimasukkan ke dalam sesebuah kamus) secara bijaksana, berhemah dan tidak semberono semasa menggunakan kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khususnya bagi kata yang berlabel bahasa basahan (bb), bahasa percakapan (bp), bahasa kasar (bk) dan kata tabu (tabu). Maklumat seperti ejaan kata nama khas (dieja huruf besar) dan kata nama umum/am (dieja huruf kecil) juga merupakan petunjuk bagi penggunaan kata tersebut. Sebarang kata yang digunakan harus mengikut konteks penggunaan, dan tidak semua kata yang terakam dalam kamus boleh digunakan terutamanya dalam situasi tertentu, seperti dalam peperangan, pergaduhan, dalam keadaan marah dan sebagainya. Harus berhati-hati apabila berkata-kata seperti kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". | Makna | 21.08.2024 |
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan? | Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang. Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya. | Tatabahasa | 19.06.2023 |
Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan maahad bermaksud tempat atau pusat pembelajaran agama Islam. Soalan saya perlukah kita menulis 'sekolah maahad' atau 'maahad' sahaja, kerana maahad itu sendiri sudah bermaksud sekolah atau tempat pembelajaran | Ya betul, memadai menggunakan perkataan "Maahad" sahaja kerana "Maahad" sudah membawa maksud tempat atau pusat pembelajaran agama Islam. | Lain-lain | 13.07.2021 |
Menurut pepatah, tidak mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita. Adakah betul penggunaan tidak di dalam ayat tersebut? Atau perlu digantikan dengan bukan? Yang mana satukah lebih tepat? Tidak atau bukan?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Bukan mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita.” Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. | Tatabahasa | 16.05.2020 |
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |
Menurut Kamus Dewan (2015:1439-1440), "semi" ialah awalan asing. Jika digabungkan dengan kata nama am, ditulis secara bercantum seperti "semifinal". Walau bagaimanapun, didapati "semi" + "profesional" dieja secara terpisah pula dengan tanpa sempang ( Kamus Dewan 2015:144). Adakah "Semi-profesional" tersebut dieja dengan betul? Harap dapat kepastian. Terima kasih. | Tuan/Puan, Untuk makluman, perkataan semi-professional/semi profesional tersebut merupakan ejaan lama dan tidak lagi digunakan. Pihak DBP akan mengemas kini maklumat tersebut. | Tatabahasa | 12.11.2017 |
Menurut kamus dewan edisi keempat, sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis. Adakah acara lari berganti-ganti, larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lompat tali dan lontar peluru digolongkan di bawah acara sukaneka? | Untuk makluman, semua sukan tersebut termasuk dalam golongan sukaneka. | Makna | 25.05.2017 |
Menurut laman web PRPM, terjemahan untuk 'relapse' ialah 'kambuh'. Walau bagaimanapun, perkataan 'kambuh' tidak lazim digunakan dalam konteks harian. Bolehkah tuan mencadangkan penggunaan perkataan lain seperti 'berbalik'? Adakah perkataan 'relaps' boleh diguna pakai? Mengikut pandangan tuan, apakah perkataan yang paling difahami dan paling dapat diterima di negara ini? Terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "relapse", iaitu kambuh, relaps dan berbalik. Oleh itu, puan boleh memilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks yang digunakan. | Istilah | 26.05.2016 |
|
Puisi |
---|
|
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 337 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Kasih itu roh (semangat) yang buta She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|