| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Karimah pergi ke dapur sambil mencapai tuala di atas lantai. Apakah maksud frasa kerja mencapai tuala dan maksud ayat ini? Terima kasih. | Mencapai bermaksud memegang atau mengambil, mengambil tuala. | Tatabahasa | 09.03.2015 |
| Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil. | Ali sudah mengambil barang itu semalam. Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
| Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih. | Salam sejahtera, Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
| 1) mengambil gambar sebagai kenangan 2) mengambil gambar untuk dijadikan kenangan 3) mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan Ketiga-tiga di atas, mana satu betul? | Ayat yang gramatis ialah "Mengambil gambar sebagai kenang-kenangan". | Tatabahasa | 28.11.2025 |
| Apakah perbezaan antara pungut, kutip dan ambil dalam konteks pengambilan bungkusan? Saya lihat istilah pick-up diberikan makna kutip/kutipan oleh PRPM tetapi kutip itu bukankah bermaksud terlihat lalu mengambil ataupun mengambil wang daripada suatu pihak? Begitu juga dengan pungut, bukankah maksud pungut ialah mengumpulkan sesuatu atau mengambil sesuatu yang tiada pemilik? Mohon pencerahan. | Berikut adalah makna perkataan-perkataan tersebut yang boleh dirujuk kepada konteks istilah “pick-up”. (Rujukan KAMUS DEWAN PERDANA) Pungut -mengambil atau mengutip (sesuatu) yang ada di bawah seperti di lantai atau di tanah kerana jatuh dan lain-lain. Kutip - mengambil (sesuatu), satu demi satu dengan tangan atau alat khas. Ambil - memegang dan mengangkat (sesuatu atau seseorang) lalu dibawa, diangkut, disimpan dan sebagainya. Kutipan - Hasil daripada mengutip sesuatu.
| Lain-lain | 02.06.2022 |
| Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
| Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya. | Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
| Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A)Mengambil barang itu semalam Ali sudah. | Ayat songsang yang betul ialah "Sudah mengambil barang itu Ali semalam atau Sudah mengambil barang itu semalam Ali." | Tatabahasa | 02.11.2015 |
| Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan. | Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
| Tatabahasa | 25.07.2018 |
| Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. | Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. | Tatabahasa | 11.05.2009 |