Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mendengar dari radio @ Mendengar daripada radio? | Yang lazim digunakan ialah mendengar radio. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih. | Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun. | Tatabahasa | 07.06.2012 |
Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya? | Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih. | Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau 'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis. | Tatabahasa | 10.12.2010 |
Saya pernah mendengar dari beberapa pegawai kerajaan tentang perkataan INTERGRITI. Satelah melakukan pencarian ayat, masih belum saya menjumpai erti perkataan tersebut. Tolong bantu saya dalah hal ini. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud integriti ialah kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Makna | 05.11.2007 |
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 23.11.2006 |
Adakah "mendengar radio" boleh ditukarkan sebagai "mendengar muzik" ? | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.07.2010 |
Saya nak tanya sama ada kedua-dua ayat di bawah boleh diterima atau tidak. a) Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu. b) Saya sungguh gembira setelah mendengar berita itu. | Ayat 'Saya berasa sungguh gembira setelah mendengar berita itu.' betul dan mematuhi tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.02.2007 |