Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
`SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN ` ATAU SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI. Semua ini banyak terdapat di Surau-surau dan Masjid-Masjid. Yang mana satu betul... | Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", walau bagaimanpun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Soalan: Penggunaan woording-Masjid Al-Najihin @ Masjid An-Najihin di antara berikut yang mana lebih tepat? | Mengikut kaedah penulisan : Al-Najihin (L mewakili Lam) (tetapi dibaca An-Najihin) Sila lihat contoh dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 = al-Nur (an-Nur) | Ejaan | 13.02.2009 |
Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah Pentadbiran | Untuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra. | Istilah | 29.10.2012 |
Apakah ejaan yang betul apabila menggunakan sengkang? Al-Quran mungkin dieja sebagai al-Quran tetapi bagaimana penggunaan kata nama bagi nama-nama beberapa masjid di Malaysia. Ejaan yang mana betul atau lebih tepat - Masjid Al-Marbawi, al-Marbawi, Al-marbawi atau Al Marbawi atau Masjid As-Salam, as-Salam, As-salam atau As Salam? Terima kasih. | Biasanya apabila mengeja al-Quran dan yang seumpamanya, ejaan al menggunakan huruf a kecil. Oleh sebab ejaan al yang terdapat pada nama masjid ialah nama khas, ejaan tersebut dikekalkan. | Ejaan | 24.07.2012 |
Mohon jasa baik tuan... Saya ingin mengetahui cara yang betul menulis nombor untuk penulisan akademik. bila masa yang betul untuk gunakan nombor dan perkataan contoh: Bilik yang ditawarkan boleh didapati dengan sewaan sekitar RM 90 untuk bilik kelamin dan RM 70 untuk bilik bujang dikira berpadanan dengan kemudahan yang disediakan di dalam bilik. Matlamat penawaran bilik penginapan ialah lebih bersifat kebajikan berbanding kepada keuntungan. contoh 2: Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. pohon penjelasan. terima kasih | 1. Dalam penulisan nombor satu hingga sembilan dieja dengan perkataan, manakala nombor 10 hingga seterusnya ditulis dengan angka. Walau bagaimanapun dalam menulis nilai ringgit, cara yang betul ialah RM5, RM10 dan RM100. 2. Organisasi masjid terdiri daripada pegawai masjid dan ahli jawatankuasa. Pegawai masjid terdiri daripada tiga orang imam, tiga orang bilal dan dua orang siak. Sebahagian daripada pegawai masjid dibiayai oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi dibiayai oleh masjid. Manakala ahli jawatankuasa yang dilantik seramai 15 orang dengan pengkhususan biro-biro tertentu yang telah diputuskan melalui mesyuarat. | Tatabahasa | 23.01.2013 |
Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQ | Ungkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant" | 'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa. | Lain-lain | 13.04.2011 |
Barang siapa masuk ke dalam masjid ini hendaklah berpakaian menutup aurat. Perkataan barang siapa dalam ayat ini baku? Jika tidak, wajarkah digantikan dengan perkataan sesiapa? | Perkataan barang siapa boleh digantikan dengan sesiapa. Penggunaan barang siapa dalam ayat tersebut digunakan dalam laras agama. | Tatabahasa | 06.01.2009 |
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu. | Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569) | Lain-lain | 23.02.2011 |
maksud imarah | menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. | Tatabahasa | 24.11.2007 |