Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ? | Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruan | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; | Lain-lain | 12.06.2010 |
1. Adakah perkataan 'pelajar' membawa maksud jamak? 2. Perkataan yang manakah betul? a) memperkembangkan b) memperkembang terima kasih | Kamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai. | Makna | 23.07.2009 |
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman | 1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan. 2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan. 3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara. | Istilah | 03.03.2009 |
Kami tidak tahu siapa yang akan terpilih untuk mewakili maktab ke pertandingan nasyid. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat ini? | Kesalahan yang ditemukan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tanya "siapa" dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
selamat sejahtera tuan. saya mk, ingin menanya tentang bahawa adakah maktab perguruan sultan idris(MPSI) ialah pejabat karang-mengarang atau pun pertubuhan yg berlainan??? | Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara. | Lain-lain | 11.07.2012 |
Benarkah justeru merupakan kata hubung? Saya mendapat maklumat ini daripada seorang pensyarah Maktab Perguruan. Setahu saya justeru merupakan penanda wacana? Berikan sebab jika benar justeru merupakan kata hububg? | Justeru merupakan penanda wacana. | Tatabahasa | 15.09.2007 |
Salam sejahtera. Apakah maksud alumni? Adakah ia sebuah agensi atau membawa maksud lain? | Alumni ialah siswazah lepasan sesebuah maktab atau universiti. Contoh: Persatuan Alumni Universiti Malaya. | Makna | 09.08.2011 |
Salam, Mohon diperbaiki maklumat diri Munysi Dewan V seperti berikut : Norliza binti Abu Bakar IPG KAmpus Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab, 75990 Durian Daun, Melaka No Tel: 0126161399 (h/p) 06-2824827 (P) No Faks: 06-2847710 Terima kasih. | Puan, Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2010 |
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. | Makna | 03.04.2012 |