Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apa beza makna dan penggunaan kata "serap" dengan "resap" | Serap bermaksud masuk melalui liang-liang kecil, manakala resap bermaksud hilang, lenyap, lesap. | Makna | 21.11.2008 |
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran? | Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian). Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan mempraktikkan. Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Syarikat LIANG CHI COOLING TOWER SDN BHD ingin membuat papan tanda bahasa Melayu dengan cadangan "Kilang Membuat Menara Dingin" Apakah penggunaan bahasa yang paling tepat untuk tujuan ini? | Harap dapat berikan istilah bahasa Inggeris untuk "Menara Dingin" kerana kami perlu semak sama ada istilah bahasa Melayu yang digunakan betul atau salah. Sekiranya betul, nama yang dicadangkan ialah Kilang Menara Dingin (perkataan "Membuat" tidak perlu kerana perkataan kilang telah mempunyai maksud tersebut) | Tatabahasa | 18.10.2012 |
As Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian dan ketepatan bahasa yang bermaksud: "Liang Gurih" terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang frasa "liang Gurih" dalam pangkalan data kami. Gurih ialah yang bahasa Indonesia yang bermaksud sedap seperti sedap ketika menikmati makanan dan Nasi Gurih ialah nasi yang dimasak dengan santan dan kayu manis. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. | Lain-lain | 26.10.2010 |
|
Puisi |
---|
|
Dari Kedah ke Tanah Liang, Tinggi pasir Kuala Patani; Pintu terdedah sampai siang, Apa taksir pada kami.
Lihat selanjutnya... |
|