Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APAKAH EJAAN SEBENAR LEMBAH KELANG ATAU LEMBAH KLANG? | Ejaan yang betul ialah Lembah Klang. | Ejaan | 15.01.2010 |
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Badan Penulis | 20.07.2011 |
sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian | Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan. | Lain-lain | 03.09.2009 |
Mengikut cadangan anda, institusi manakah yang mempunyai kursus Bahasa Melayu? Saya sedang mencari kursus bahasa yang sesuai untuk suami saya yang tidak mempunyai pengetahuan tentang bahasa ini. | Kursus bahasa Melayu jangka pendek atau jangka panjang berkemungkinan besar ada dirawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa, Lembah Pantai atau Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. | Lain-lain | 21.08.2010 |
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum. | Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang. | Ejaan | 14.02.2012 |
Saya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa malysia dengan baik .Dalam masa yang sama pihak majikan minta pada saya untuk menduduki pepiriksaan julai 2009 .Seandainya saya gaga mendapat kepujiaan maka saya akan diberhentikan kerja.! Untuk itu saya meminta nasihat D.B.P bagaimana nak kuasai bahasa malysia dan tolong tunjuk tempat yang bagus untuk belajar bahasa malaysia? sekian terima kasih | Untuk belajar apa pun bahasa di dunia termasuk bahasa Malaysia memerlukan ketekunan, sentiasa meneliti nota/pedoman, dan sering bercakap menggunakan bahasa Malaysia yang betul. Sila hubungi Institut Bahasa Melayu Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus jangka pendek (jika ada) yang boleh saudara ikut serta. | Lain-lain | 02.01.2009 |