Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu. | Penggunaan kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu. ii. Budak perempuan itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas; contoh mati lemas. Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan dalam talian di Laman Web DBP. | Tatabahasa | 05.02.2009 |
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan? | terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas | Tatabahasa | 05.09.2012 |
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.08.2009 |
Mengapa ayat-ayat berikut salah? a) Tolong! Tolong! Ada orang lemas di sungai! b) Majikan lebih cenderung mengambil pekerja dari kalangan pendatang asing. | Ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Majikan lebih cenderung mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.) | Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia. Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain. Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi. | Tatabahasa | 12.09.2012 |