Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
terima kasih tuan 1. mereka melepaskan keletihan selepas bersenam..(terdapat kesalahan melepaskan keletihan, cikgu berkenaan mengatakan melepaskan lelah atau penat saje, tak boleh gunakan melepaskan keletihan..adakah ini betul?) | Melepaskan antara maksudnya dalam kamus termasuklah menghilangkan, penat lelah, letih dan sebagainya. Keletihan bermaksud keadaan atau rasa letih. Oleh itu, frasa yang betul ialah melepaskan letih tetapi ungkapan ini tidak lazim digunakan, yang lazim digunakan ialah 'melepaskan (menghilangkan) penat lelah'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Apakah kata ganda berima bagi jerih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135 atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP. | Istilah | 21.02.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| lelah | | Rujuk :penat |
|
|