Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Yang mana betul 1. Acara lari ganti ganti atau acara lari berganti ganti 2.Pertandingan bercerita atau pertandingan cerita Tq | 1. Acara lari berganti-ganti 2. Pertandingan Bercerita | Tatabahasa | 17.07.2013 |
mana ayat yang betul?kami lari laju bawa bola sama-sama atau kami sama-sama lari laju bawa bola.. | kami lari laju bawa bola sama-sama.. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Merujuk jawapan tuan bagi soalan 31.`saya sedang berlatih lumba berlari. Merujuk kamus Dewan m/s 965. `lumba lari` adalah lebih tepat. Apakah pendapat tuan ? | Yang betul ialah "saya sedang berlatih lumba lari", kerana lumba lari ialah kata nama yang tidak memerlukan imbuhan. | Tatabahasa | 18.04.2009 |
A. Syila akan lari ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana larinya wang yang disimpannya. Penggunaan perkataan " lari " dalam kedua-dua ayat di atas ,manakah yang betul ? | Peter penggunaan lari dalam kedua-dua ayat ini salah. Sepatutnya ia ditulis A. Syila akan balik ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana hilangnya wang yang disimpannya | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Saya ingin tahu Peribahasa yang mana lebih tepat. "Di padang orang berlari-lari di padang sendiri berjengkek-jengkek atau "di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjingkit-jengkit" | Jawapan yang betul ialah Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat bahasa DBP. | Lain-lain | 28.10.2006 |
mengapa perkataan jogging sudah diterima pakai sebagai bahasa Melayu? lebih menghairankan, perkataan 'jogging' itu membawa maksud 'berlari-lari anak'. lalu apa pula makna 'berjoging'? adakah ia bermakna 'ber+berlari-lari anak'? lalu adakah selepas ini, akan dibenarkan pula istilah 'berdating', 'bersetting' dan 'berchatting'? | Perkataan bahasa Inggeris "jogging" telah diterima dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman dengan penyesuaian ejaan. Ejaan dalam bahasa Melayu ialah joging. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, joging bermaksud lari perlahan-lahan terutamanya sebagai senaman. Walau bagaimanapun, perkataan "berdating", "bersetting" dan "berchatting" tidak diterima dalam bahasa Melayu. | Istilah | 25.07.2012 |
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa? | Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter. | Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter. | Tatabahasa | 30.03.2012 |
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. | 1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul. 2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah. 3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi. Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |