Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul. | Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
"Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemas." atau " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Antara di atas , yang manakah berikut betul atau kedua- duanya boleh diterima?Jika salah, mengapakah jawapan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Kemas ialah kata adjektif dan memerlukan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Siti menyapu di bilik atau Siti menyapu lantai di bilik. Yang mana satu betul? | Ayat yang gramatis ialah Siti menyapu lantai di dalam bilik. | Tatabahasa | 27.07.2012 |
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |
salam sejahtera Tuan, Pihak Panitia BM sekolah saya ingin bertanya beberapa soalan seperti di bawah: YANG MANA BETUL? 1. pergi ke dewan ATAU pergi dewan ATAU ke dewan 2. pergi ke dalam (betul atau salah?) 3. masuk ke dalam hutan ATAU masuk hutan 4. Jangan buang sampah di lantai. ATAU Jangan buang sampah ke lantai. 5. Baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru? ATAU Baju yang berwarna merah atau biru? ATAU Baju merah atau baju biru? ATAU Baju merah atau biru? Berharap tuan dapat membantu kami. Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Bagi frasa Jangan buang sampai di lantai atau ke lantai, kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan. Pengulangan kata baju yang berwarna merah atau baju yang berwarna biru dianggap pembaziran perkataan, dan memadai dengan baju yang berwarna merah atau biru, atau baju merah atau biru. | Tatabahasa | 17.06.2012 |
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas. | 1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Yang mana satukah merupakan frasa kerja yang betul? "menyapu sampah" atau "menyapu lantai"? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih. | a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak) b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul) c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul) d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM. | Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya. Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi. | Makna | 02.02.2010 |