Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MENAIKTARAFKAN PINGGIRAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA. | MENAIKTARAFKAN KAWASAN KOTA KUALA LUMPUR (GREATER KUALA LUMPUR) KEPADA BANDAR BERTARAF DUNIA. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala Lumpur | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
Bandar Diraja Kuala Kangsar atau Kuala Kangsar Bandar Diraja? | Menurut hukum D-M, nama yang sepatutnya ialah Kuala Kangsar Bandar Diraja. Contoh lain ialah Melaka Bandaraya Bersejarah. | Lain-lain | 28.12.2006 |
Tuan, Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur? | Yang betul dari segi penggunaan ialah Syukri tinggal di bandar raya Kuala Lumpur. Tetapi apabila merujuk kepada nama khas, perlu dieja dengan huruf besar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
"Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai" atau "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai"? | Ejaan yang betul ialah "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai". | Ejaan | 18.08.2011 |
Mana satu yang betul? "Pusat Logistik AEON Kuala Lumpur" atau "AEON Pusat Logistik Kuala Lumpur" ? | Penamaan yang betul Pusat Logistik AEON Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur. | Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Mengapa tidak boleh "Kuala Kangsar Bandar Diraja" ditulis sebagai "Bandar Diraja Kuala Kangsar"? | D-M bermaksud (diterangkan) dan (menerangkan).Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir dahulu dan unsur menerangkan hadir kemudian. Dalam contoh ini "Kuala Kangsar (unsur inti) Bandar Diraja (unsur penerang). | Tatabahasa | 04.07.2007 |
yang manakah yang betul Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar. atau Batu tersebut telah ditemui di Kuala kangsar | Ayat yang betul ialah 'Batu tersebut telah ditemukan di Kuala Kangsar' kerana kata terbitan ditemukan lebih tepat untuk terjemahan found something dalam bahasa Melayu, manakala kata ditemui ialah terjemahan meet somebody dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.03.2011 |