Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya. | Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
Selamat petang . 1. adakah ayat di bawah betul? Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit. | Ayat tersebut tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
Dalam keadaan mana boleh digunakan perkataan berganda seperti negera-negara, mereka-mereak dan sebagainya | Encik Ahmad Kamil, Perkataan negara-negara digunakan dalam konteks penggandaan atau pengulangan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya kata negara tidak lagi digandakan atau diulang. Bagi kata mereka, kata ini tidak digandakan atau diulang memandangkan bahawa kata ini sudah menunjukkan banyak atau jamak. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
sejarah perakaunan dalam islam?? | Sila rujuk bahan ini : 1. Perakauan bank dan syarikat menurut sistem Islam oleh Atiyah Muhammad Kamal terbitan DBP tahun 1992 2. Perlukah perakaunan Islam oleh Muhd Kamil Ibrahim . Majalah Dewan ekonomi (Mei 1995) | Lain-lain | 26.02.2008 |
Assalamualaikum.. Persoalan saya; 1.Mengapakah suatu ayat itu dikatakan tidak gramatis? 2.Bagaimanakah untuk membezakan ayat lengkap dengan ayat yang tidak gramatis, beserta contohnya. terima kasih. | Ayat yang gramatis merupakan ayat yang betul mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat dan lengkap. Contoh: Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit. Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya pancit. | Tatabahasa | 06.07.2013 |