Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin tahu jodol novel2 tingkatan satu hingga ting 5 yg digunakan dlm subjek kesusasteraan melayu . bagaimana nak download naskah novel2 tersebut? | Untuk makluman sdr., judul-judul novel baru (KOMSAS) masih lagi dalam proses penerbitan. Pihak Khidmat Nasihat Sastera (KNS)tidak dapat menyediakan judul-judul novel tersebut atas beberapa faktor. Karya-karya tersebut tidak tersedia bahan untuk dimuat turun. Silalah semak dengan pihak Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 19.10.2009 |
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak? | Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee) | Lain-lain | 12.11.2007 |
Bolehkah saya dapatkan judul-judul tertentu Dalam Artikel Akhbar? Bagaimana caranya? | Sila rujuk perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan. | Lain-lain | 29.03.2010 |
Apakah nama yang betul bagi buku tek bahasa Malaysia di sekolah rendah..? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.. Terima kasih.. | Semua buku teks Bahasa Melayu telah ditukar judul kepada Bahasa Malaysia. Pertukaran nama judul dibuat atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, judul-judul buku teks Bahasa Melayu semuanya telah ditukar kepada Bahasa Malaysia apabila buku-buku yang berkenaan dicetak ulang. | Lain-lain | 20.05.2010 |
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul? | Salam sejahtera, Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 12.07.2010 |
Sejarah Terjemahan Malaysia : a) Terjemahan Zaman Pengaruh India b) Terjemahan Zaman Pengarauh Islam c)Terjemahan Zaman Penjajahan d)Terjemahan Zaman Pascs Kemerdekaan i) Pejabat Karang Mengarang ii) Dewan Bahasa dan Pustaka iii) Institut Penterjemah Negara Malaysia iv) IPTA Peranan dan contoh-contoh karya yang diterjemahkan. e)Akta Pelajaran Kebangsaan dan terjemahan buku teks | Saudara boleh mendapatkan bahan tentang judul-judul tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia terutama tentang judul terjemahan. | Lain-lain | 01.09.2007 |
Apakah judul yang seharusnya digunakan dalam semua urusan di sekolah sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Situasi semasa kelihatan agak bercelaru dan mengelirukan apabila tiada ketetapan yang diperoleh. Terima kasih atas penjelasan yang diberi. | Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan. | Lain-lain | 26.02.2009 |
apakah panduan penulisan kertas cadangan | Salam sejahtera, Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut: Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kertas cadangan judul perlu mengandungi maklumat yang berikut: 1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca. 2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan. 3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan. 4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan. 5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan. 6. Perihal saingan dan pasaran - buku perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain. 7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran. 8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab. 9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan. 10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut. | Lain-lain | 17.09.2010 |
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4) | Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Apakah tanda baca yang betul untuk judul buku, jenama dan nama lagu?Perlu bubuh pengikat kata'' atau ""? Contohnya 'Sang Kancil', 'Adidas','Negaraku' | Tajuk atau judul buku, jenama dan nama lagu tidak perlu ditulis dengan tanda pengikat kata. | Tatabahasa | 17.03.2007 |