Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih! | Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus. Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul - penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku. | Tatabahasa | 14.03.2010 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |
selamat petang, Saya keliru bagaimana untuk menggunakan tanda baca pada ayat seperti berikut. Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. "Entah-entah memang dia jodoh kau." Adakah betul ia ditulis begitu. Jika tidak, bagaimana cara yang betul tanda baca digunakan. | Kata-kata Nisha mengusikku terngiang-ngiang dalam minda. 'Entah-entah memang dia jodoh kau'. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
saya Robiah damae saya belajar bahasa melayu dan saya ingin bertanya tentang bahasa apakah makna pasangan | Pasangan bermaksud sesuatu yang menjadi regu atau jodoh kepada sesuatu yang lain; satu daripada dua yang berpasang-pasang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pasangan. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Terjemahan bagi 'Dating Website' | Jika "Dating Website" merujuk kepada laman web yang mempertemukan lelaki dan perempuan untuk satu hubungan, ia dikenali sebagai Laman Web Mencari Jodoh | Makna | 21.04.2020 |
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK. | Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar. | Tatabahasa | 19.10.2016 |
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih | 1.Sebagai kunyit dengan kapur. Takrif Mudah dan lekas mesra. 2. Seperti cincin dengan permata. Takrif Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). 3.Bagai hempedu lekat di hati. Takrif Perhubungan yang sangat akrab. 4.Bulan dipagar bintang. Takrif Cocok segala-galanya. | Makna | 08.09.2009 |
Penjodoh bilangan untuk jarum ialah sebilah, sepucuk atau sebatang? Saya mengalami masalah kerana dalam buku yang berlainan jawapan yang diberi berlainan. Ada buku yang mengutarakan jawapan A. sebilah B. sebatang C.Sepucuk. Jadi, murid mengalami masalah memilih jawapan. Harap pihak DBP boleh membantu. | Menurut Kamus Bahasa Melayu, maksud bilah ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau atau keris. maksud batang pula ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang manakala batang pula ialah penjodoh bilangan bagi surat (senjata api dan lain-lain. Maka jawapan yang tepat bagi penjodoh bilangan jarum ialah sebatang jarum. | Pembinaan Bakat | 10.09.2019 |
Bilakah penggunaan imbuhan diper...kan dan memper...kan? Apakah kata-kata yang boleh menngunakan kedua-dua imbuhan ini dan mengapa? Antara berikut, yang manakah betul? a. kata-kata aluan b. kata alu-aluan? | Apitan diper...kan boleh digunakan untuk golongan kata nama atau kata kerja, dan akan membentuk kata kerja; contohnya, isteri - diperisterikan, dengar - diperdengarkan. Begitu juga dengan apitan memper...kan, golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper...kan untuk membentuk kata kerja, contohnya jodoh - memperjodohkan, lihat - memperlihatkan. Yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 10.09.2008 |