| Apakah konteks perkataan JELIRA yang bermaksud puas (makan, minum) dan meresap ke segenap badan? adakah puas kenyang, atau puas kerana sudah jemu, jelak makan, atau puas kerana puas hati makanan kena dengan selera? bagaimana pula dengan meresap ke segenap badan? adakah tentang perasaan, kenikmatan atau perkara fizikal seperti maaf ya contoh buruk, rasa nikotin meresap ke badan? terima kasih | Kamus Dewan Perdana memberikan maksud "jelira" sebagai memuaskan hati kerana kena dengan selera. Tiada maklumat lain yang berkaitan dengan perkataan "jelira" bagi maksud puas. Perkataan "jelira" juga merupakan dialek Kelantan dan berkemungkinan penggunaannya dalam konteks masyarakat tertentu boleh membezakan tahap kepuasan atau aspek kepuasan yang dimaksudkan. Kamus hanya memberikan maksud dan bukan perincian yang menggambarkan sifatnya. | Tatabahasa | 30.06.2026 |