Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Di kampung saya, Sungai Dulang, Perak, kami menggunakan perkataan "jebak" untuk merujuk kepada "cop", sejenis alat kebun untuk mengorek lubang. Kenapa saya tidak jumpa entri dalam Kamus Dewan untuk jebak yang merujuk pada makna ini? | Kata "jebak" yang membawa maksud alat yang digunakan untuk mengorek lubang ini berkemungkinan kata yang terdiri daripada kata dialek atau subdialek di Perak. Kata ini dengan makna tersebut berkemungkinan tidak digunakan dengan meluas dalam penulisan atau wacana umum masyarakat di Malaysia. Kami mencadangkan pihak tuan/puan merakam kata dan makna tersebut dalam ruangan yang disediakan oleh PRPM, iaitu di ruangan Saran Kata (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) supaya kata dengan makna tersebut dapat dicalonkan sebagai kata masukan dalam kamus-kamus terbitan DBP. | Lain-lain | 03.03.2024 |
|
Puisi |
---|
|
Jebak kambing tidur di kandang, Jebaknya luruh sampai ke tanah; Sedaplah kelih adik di jalan, Ambo nak turut sampai ke rumah.
Lihat selanjutnya... |
|