Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan. | Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian')">jadian, jadian')">jadi-jadian, kejadian, | Ejaan | 20.05.2010 |
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
|