Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kalah jadi abu,menang jadi arah | Ungkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
hari jadi atau Hari Jadi | Ejaan yang betul ialah hari jadi. | Ejaan | 07.05.2012 |
Jadi penggunaan memperakui betul ke salah? | Perkataan memperakui boleh digunakan. Dalam Kamus Dewan,memperakui bermaksud mengesahkan.Penggunaan memperakui dan memperakukan berbeza mengikut konteks ayat. | Makna | 08.10.2013 |
Jadi ayat di bawah ini tidak gramatiskah?: Sama ada Obama atau Romney yang menjadi Presiden AS, semua sama sahaja; dasar luar mereka terhadap Israel tidak akan berubah. | Ayat contoh yang diberikan gramatis. | Tatabahasa | 08.11.2012 |
Jadi, mengapa dlm laman web ini digunakan 'soalan baru', bukannya 'soalan baharu'? Adakah penggunaan Tahun Baharu Cina ini telah disahkan? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan tersebut membawa makna yang sama. Perkataan "baharu" bukan menggantikan kata "baru" tetapi variasi kepada perkataan tersebut. Kedua-dua perkataan tersebut adalah tidak salah dan boleh dipakai. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Jadi jika saya ingin mengekalkan perkataan 'teddy' di dalam ayat, walaupun saya perlu melakukan pemenggalan perkataan berdasarkan suku kata, apakah cara yang terbaik saya boleh lakukan ke atas perkataan ini?Ini kerana untuk memenggal perkataan saya perlu memberi warna yg berbeza (hitam-merah) untuk setiap suku kata. | Pemenggalan perkataan teddy ialah ted-dy. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Webster New World Dictionary. | Lain-lain | 17.05.2010 |
1. lagu "Selamat Hari Jadi" atau 2.lagu Selamat Hari Jadi Mana satu baru betul?atau ada jawapan lain yang sesuai.tolong sertakan sebab. | lagu Selamat Hari Jadi - lagu ini telah diketahui umum dan dalam bahasa Melayu, penulisannya tidak perlu lagi dibubuh tanda petik. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Penggunaan tanda baca yang mana betul? "Kamu mahu jadi apa, asyik makan coklat sahaja?" @ "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | Ejaan | 13.10.2011 |
Salam tuan di talian. Saya ingin bertanya manakah yang betul antara frasa "kejutan majlis hari jadi" atau "majlis kejutan hari jadi" . Harap pihak tuan dapat menjawabnya secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah kejutan majlis hari jadi. | Tatabahasa | 30.10.2013 |