Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon tuan/puan untuk menterjemahkan jabatan-jabatan di bawah dalam bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia: 1.Property & Project Management 2. Compliance 3. Business Support Maklumbalas daripada pihak tuan/puan amat kami hargai. Terima kasih Pertanyaan ini telah diajukan kepada Siti Zubaidah Binti Zainal Abidin pada hari Rabu 21 Ogos 2013 Jam 3:53 petang | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Property & Project Management - Pengurusan Harta dan Projek 2. Compliance - Kepatuhan 3. Business Support - Sokongan Perniagaan | Istilah | 26.08.2013 |
Tugas Pengawai Perancang Bahasa. | Pegawai Perancang Bahasa adalah nama jawatan yang wujud di Dewan Bahasa dan Pustaka dan mungkin di jabatan-jabatan lain selain DBP. Tugasnya bergantung kepada di mana seseorang pegawai itu diletakkan. Sekiranya di Jabatan Penerbitan (DBP) tugasnya mungkin berkaitan dengan penyuntingan perolehan dsb. Sekiranya diletakkan di Jabatan Bahasa (DBP) bergantung pula di bahagian mana. Contohnya di Bahagian Penyelidikan Bahasa, tugas PPB ialah membuat penyelidikan apa yang berkaitan dengan bahasa (Melayu). Contohnya kajian dialek daerah, kajian leksikal, kajian kata serapan dsb. Sekiranya di Jabatan Sastera, maka berlainan pula tugasnya. Harap maklum. | Lain-lain | 12.11.2008 |
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih. | Istilah yang betul Model Ekonomi Baru. | Istilah | 18.04.2011 |
TAKRIF PORTFOLIO | Takrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. | Makna | 08.12.2006 |
Assalamualaikum....... Apa yang dimaksudkan dengan pertukaran personel antara jabatan? contohnya? | Mualaikum salam wbt, Maksudnya pertukaran kakitangan/staf/pegawai daripada suatu jabatan kepada suatu jabatan yang lain. Ia mungkin berlaku dalam jabatan yang sama tetapi lokasi yang berbeza atau mungkin juga melibatkan dua jabatan yang berlainan. Contoh: - Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Pelajaran Johor kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. - Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Audit Negara kepada Jabatan Pelajaran. Terima kasih. | Lain-lain | 25.02.2009 |
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya? | 1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP. 2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu, seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. | Tatabahasa | 27.10.2010 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya samada jabatan tempat saya bekerja sebetulnya menggunakan JABATAN PERANCANG BANDAR atau JABATAN PERANCANGAN BANDAR. Sekian, Terima kasih. Noraidi Bin Omar | Encik Noraidi, Dalam menentukan nama sesuatu jawatan atau jabatan, tentulah aspek tatabahasa (makna) dan fungsi jawatan atau jabatan tersebut akan diambil kira. Untuk memudahkan tuan membuat pertiimbangan sebelum menamai jabatan tuan, elok kiranya tuan memahami maksud "perancang" dan "perancangan". Mengikut Kamus Dewan kata "perancang" membawa maksud orang, agensi, jawatankuasa, dan badan-badan pertubuhan yang merancang: Misalnya jawatan Pegawai Perancang Bahasa (DBP) iaitu orang yang merancang pembinaan dan pengembangan bahasa, Lembaga Perancang Keluarga iaitu, lembaga yang bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga dan sebagainya. ; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); kata perancangan pula membawa maksud perbuatan (tindakan) sesuatu yang telah dirancang. Dengan penerangan makna kedua-dua kata ini, diharap pihak tuan dapat menentukan yang mana betul dengan berdasarkan tugas dan fungsi-fungsi jabatan tersebut. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |
bolehkah istilah potfolio digunakan untuk merujuk pelajar. contoh : potfolio pelajar atau potfolio guru? | Takrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yang dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
apakah yang betul untuk perkara di bawah ini : 1. Jabatan Kajibumi atau Jabatan Kaji Bumi ? 2. memilin atau mengait sabut untuk membuat tali ? | 1.Ejaan yang betul ialah "Jabatan Kaji Bumi". 2. Perkataan yang betul ialah, memilin sabut untuk membuat tali (memilin bermaksud memintal atau memulas beberapa utas benang atau tali dgn tangan) | Tatabahasa | 11.10.2007 |