Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya? | Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran, dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. | Lain-lain | 08.01.2010 |
Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu. | Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian tentang tajuk yang dibincangkan. Pertanyaan seperti ini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Walau bagaimanpun untuk maklumat awal, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak (bukan hanya golongan intelektual) memperkasakan bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan kita. Untuk maklumat lanjut rujuk makalah atau kertas kerja seminar yang berkitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 20.06.2011 |
Adakah perkataan 'keintelektual' boleh diterima pakai? | Perkataan yang tepat ialah keintelektualan yang bermaksud perihal (kemampuan) menggunakan intelek atau akal budi, sifat (sbg) intelektual: sejarah kemahasiswaan Universiti Malaya ialah sejarah pencarian adaptasi dan penyesuaian antara ~ mahasiswa dengan keperluan rakyat. | Tatabahasa | 12.09.2013 |
Apakah konsep sastera mengikut DBP? | Konsep kesusasteraan terlalu luas. Secara umumnya kesusasteraan ialah karya bertulis atau lisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi oleh sesebuah peradaban atau masyarakat. Kesusasteraan mengandungi nilai keindahan, kemanusiaan, falsafah, intelektual, emosi, unsur kerohanian, dan sebagainya yang digarap melalui bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kesusasteraan, saudara dicadangkan supaya merujuk buku yang berikut , iaitu Citra Sastera oleh Sohaimi Abdul Aziz (DBP,2008), Konsep dan Pendekatan Sastera oleh Hamzah Hamdani (penyelenggara) (DBP,1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP,1988) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP,2007). | Lain-lain | 11.04.2008 |
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu | Secara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan kondusif ??? | sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa. | Makna | 10.01.2008 |
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam. | Makna | 26.12.2006 |
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduan | Karya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih. | Lain-lain | 25.12.2006 |
maksud konduksif dengan jelas | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kondusif bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa. | Makna | 21.04.2009 |
MAKSUD KONDUTIF DALAM KAMUS DEWAN | Kondutif tiada dalam rekod kami. Yang ada ialah kondusif yang bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa. | Makna | 11.11.2007 |