Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah betul INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU atau INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPEMIMPINAN MELAYU | Ayat yang betul ialah INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU. | Ejaan | 19.07.2010 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Mengenai ' Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang', oleh sebab nama khas ini terlalu panjang, bolehkan saya pisahkannya menjadi 'Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang' untuk cap jabatan ? Jika boleh, perlukah tanda Koma selepas 'Malaysia'? | Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang boleh dipisahkan tanpa koma selepas perkataan Malaysia. | Tatabahasa | 02.03.2009 |
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI. | Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut. | Lain-lain | 05.04.2012 |
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih. | 1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul. 2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul? | Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis. | Tatabahasa | 05.03.2009 |
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian. | Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL. | Lain-lain | 26.02.2008 |
sebagai seorang pelajar di Institut Perguruan, apakah saya digelar sebagai guru pelatih atau pelatih guru? terima kasih | Guru pelatih. | Tatabahasa | 08.02.2009 |
mohon ejaan jawi bagi perkataan "institut". terima kasih | Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi | Lain-lain | 13.05.2010 |
1. bahasa pengantar atau bahasa penghantar 2. institut pegajian tinggi atau institusi pengajian tinggi | 1. Dalam Kamus Dewan penghantar sama maksudnya dengan pengantar, iaitu sesuatu (bahasa) yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Walau bagaimanapun lazimnya frasa bahasa pengantar yang digunakan. 2. Frasa yang betul ialah institusi pengajian tinggi. | Tatabahasa | 30.10.2012 |