Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat; Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara. Perkataa kelam-kabut pula bermaksud tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur. Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya. | Tatabahasa | 19.10.2017 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Suasana dalam mesyuarat itu menjadi ( hingar bingar atau huru hara ) apabila dua pihak berbalah. | Jawapan yang lebih tepat untuk ayat: Suasana dalam mesyuarat itu menjadi .............. apabila dua pihak berbalah, ialah hingar bingar . | Tatabahasa | 15.05.2017 |
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabut | A. Bongkar-bangkir. T.kasih. | Lain-lain | 14.08.2008 |
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabut | Jawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
maksud hiruk-pikuk? | Saudara Muhammad Farhan, Perkataan hiruk-pikuk bermaksud keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk. Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 10.01.2010 |
maksud perkataan rakan | Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus DWan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum. | Makna | 26.08.2007 |
Wujudkah perkataan "kenyarisan" dalam bahasa Melayu? Sy lihat ia diguna di Bahasa Indonesia. Pada hemat saya ia melebarkan maksud "nyaris" sebagai "noun". | Encik Zulhaidi, Perkataan kenyarisan tidak ada dalam istilah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks bahasa Melayu, kata nyaris membawa maksud hampir (berlakunya sesuatu), cemas-cemas: Contoh ayat; Barisan pertahanan mereka menjadi huru-hara sehingga nyaris-nyaris keselamatan panglima mereka terancam. | Makna | 07.04.2009 |
1. Adakah istilah 'kata ganda berentak' dalam Tatabahasa Dewan dengan 'kata ganda bersajak/berima' merupakan perkara yang sama? 2. Adakah peranan kata ganda berentak dalam kata adjektif hanya sebagai penguat? Bolehkah perkataan dalam kata ganda berentak tersebut dikategorikan sebagai kata penguat? (seperti perkataan 'merang' dalam 'merah-merang') 3. Apakah 'merah menyala' juga dikira sebagai kata ganda berentak? Perkataan 'menyala' inikan kata kerja (atau sebaliknya?) | 1. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah kata ganda berentak, manakala buku Nahu Melayu Mutakhir menggunakan istilah kata ganda berima bagi bentuk penggandaan yang sama, seperti gunung-ganang dan mandi-manda. 2. Kata ganda berentak bagi kata adjektif menunjukkan suasana atau keadaan sesuatu, seperti huru-hara dan kontang-kanting. Merah merang ialah kata nama yang sama maksud dengan merah menyala. 3. Merah menyala ialah kata nama yang bermaksud warna merah yang sangat terang. | Tatabahasa | 25.08.2024 |