Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yg dimaksudkan dgn huma | Maksud huma menurut Kamus Dewan Edisi Empat: 1. ladang padi (di tanah kering); 2. tanah yg baru dibuka (ditebas hutannya) | Makna | 25.07.2007 |
Apakah pola ayat bagi ayat berikut 1) Buah itu rasanya masam 2) Buah itu masam rasanya 3) Padi huma kekuningan 4) Kereta itu kepunyaan abang 5) Dia selalu ke kedai | Salam sejahtera, Tuan, 1) Buah itu rasanya masam - Frasa Nama + Frasa Adjektif 2) Buah itu masam rasanya - Frasa Nama + Frasa Adjektif 3) Padi huma kekuningan - Frasa Nama + Frasa Adjektif 4) Kereta itu kepunyaan abang - Frasa Nama + Frasa Nama 5) Dia selalu ke kedai - Frasa Nama + Frasa Adjektif Sekian, teima kasih.
| Tatabahasa | 14.09.2017 |
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor). Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; tidak akan menjadi najis. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih. | Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Ruhan Sri Rama AHA 12.19 PTG Ruhan Sri Rama Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman? | Pendalaman Definisi : perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Pedalaman Definisi : daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 27.08.2017 |
Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan kata tradisi dan tradisional dalam ayat. Adakah dua perkataan tersebut mempunyai perbezaan makna dalam ayat? Mohon penjelasan dan contoh ayat yang sesuai. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): tradisi (kata nama) ialah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau amalan yang diwariskan kepada generasi seterusnya: Contoh penggunaan: Masyarakat dahulu mengamalkan tradisi tegur-menegur. pakaian tradisi; makanan tradisi. tradisional kata adjektif 1 (berkenaan kesenian, kehidupan dan lain-lain) bersifat turun temurun: Contoh penggunaan: Tekat ialah seni menghias kain tradisional Melayu. Mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional seperti menebang dan membakar hutan untuk menanam padi huma. 2 (berkenaan orang, masyarakat dan sebagainya) mengamalkan tradisi: Contoh penggunaan: Dalam masyarakat tradisional Melayu, perbualan atau perkisahan mengenai seks dianggap sebagai tabu. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk kamus tersebut. | Makna | 03.11.2024 |