Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat mana yang lebih tepat: borang itu hendaklah dicap Lembaga Peperiksaan ATAU borang itu hendaklah dibubuh cap Lembaga Peperiksaan | Ayat yang betul ialah "Borang itu hendaklah dicap oleh Lembaga Peperiksaan." atau "Borang itu hendaklah mempunyai logo Lembaga Peperiksaan." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain? | 1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih | 1) Tandatangan Pentender / Penender Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender. 2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga Tandatangan Penyebut harga 3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini. 4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan. Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa. | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1) Kita hendaklah menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. | Ayat yang betul ialah seperti yang berikut: 1) Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. 2) Ibu bapa hendaklah mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. | Tatabahasa | 03.04.2015 |
1) Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. 2) Sebelum berakit, saya dan keluaraga hendaklah memakai jaket keselamatan. hendaklah atau dikehendaki? Mohon beri penjelasan yang terperinci. | Meujuk pada pertanyaan anda, ayat yang betul ialah Sebelum berakit, saya dan keluarga dikehendaki memakai jaket keselamatan. Kata dikehendaki ialah kata kerja pasif diikuti dengan kata kerja aktif memakai manakala hendaklah ialah kata tugas mesti diikuti dengan kata kerja atau kata adjektif. | Tatabahasa | 14.01.2019 |
Adakah penggunaan perkataan 'hendaklah' bagi contoh ayat berikut tidak sopan/kasar: "Senarai Semak hendaklah dicetak sebelum difailkan" | Partikel -lah pada perkataan hendaklah merupakan penegas yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Ia tidak membawa makna tidak sopan/kasar. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
A - Pengawas yang dilantik hendaklah dari kalangan guru sekolah. B - Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Ayat A atau B betul? | Saudara, Ayat yang betul ialah " Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Kata sendi "dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah. Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah Semua tuntutan hendaklah dibuat di Jabatan Pelajaran Negeri di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah kerana "di bawah" di sini bermaksud tertakluk pada peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 11.02.2010 |
Ayat A - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan bawah pengendalian tuan. Ayat B - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan. Ayat mana yang betul? Perlukah ayat ini diperbaiki? Kalau perlu, bagaimana? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan di setiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan. (frasa disetiap hendaklah dijarakkan = di setiap). | Tatabahasa | 12.01.2010 |
Sejarah hendaklah dijadikan iktibar untuk membangunkan diri dan negara, bukan untuk berbangga dengan pencapaian generasi silam tanpa melakukan sesuatu untuk generasi akan datang. Diharapkan susunan ayat di atas dapat dimurnikan oleh pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Puan, Ayat yang diberikan betul susunan ayatnya. Sekian, terima aksih. | Tatabahasa | 12.10.2017 |