Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. esa (kata nama atau kata adjektif?) 2. bolehkah menggunakan perkataan esa untuk membilang? Contoh: esa, dua, tiga, empat... 3. Adakah penggunaan pktn 'esa' yg berikut betul? (3a) Pada esa hari,... (3b) Saya ada esa buku. (3c) Saya mendapat tempat esa dalam kelas. Terima kasih. | Esa ialah kata Adjektif. Justeru, tidak sesuai digunakan untuk membilang. | Lain-lain | 20.02.2011 |
ingin tahu ejaan betul untuk perkataan "keEsaan" seperti ayat berikut: "beriman terhadap KeEsaan Tuhan.." Huruf "E" ini (rujuk kepada Esa) perlu huruf besar atau kecil? Sekian. tkasih | Ejaan yang betul ialah keesaan, keesaan berasal daripada kata esa yang merujuk kepada sifat Allah, tidak perlu ditulis dengan huruf besar (seperti kata ganti nama Nya - untuk Allah) kecuali pada awal ayat. | Tatabahasa | 29.11.2010 |
Apkah maksud keesahan soalan. Perkataan Keesahan itu apakah maksudnya? | Esa bermaksud satu, tunggal. Keesahan bermaksud sifat tunggal. dalam konteks yang dikemukakan sepatutnya kata yang sesuai ialah kesahan daripada kata sah yang bermaksud lulus pada sisis undang-undan, benar,pasti, nyata. | Makna | 31.01.2008 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih. | 1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur. 6. Permukaan dinding itu mula terkopak. 7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
Salam 6 Ramadan, 1. Apakah bezanya ejaan 'tuhan' dan 'Tuhan'? 2. Dalam Kamus Dewan, ejaan 'Internet' ialah kata nama khas. Yang sebenarnya, kata nama am atau kata nama khas? 3. Apakah bezanya frasa 'segelung dawai' dan 'segulung dawai'? Terima kasih. | 1. Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (sseperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa. 2. Internet ialah istilah khusus atau kata nama khas. 3. Segelung dawai dengan segelung dawai sama sahaja maksudnya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:) | Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah: a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran.
| Tatabahasa | 28.02.2012 |
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQ | antara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain. satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Assalamuaikum, Saya ingin bertanya perkataan tuhan. 1. Huruf 't' perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? 2. Jika pengguna bukan beragama Islam ingin merujuk tuhan mereka dalam penulisan bahasa Melayu, adakah huruf 't' perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. 3. Jika kata ganti nama digunakan unuk merujuk Allah, lazimnya digunakan huruf besar pada huruf pertama. Adakah perkara yang sama dilakukan jika merujuk tuhan selain Allah? | Kamus Dewan menakrifkan Tuhan sebagai: i) Allah yang mencipta alam semesta dan untuk maksud ini Tuhan dieja dengan huruf besar; ii) sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan untuk maksud ini tuhan dieja dengan huruf kecil. | Makna | 23.03.2011 |