Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. duka | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
salam sejahtera, saya ada satu pertanyaan, adakah frasa "duka lara" pernah wujud atau digunakan pada suatu ketika dahulu? sekiranya ya, adakah frasa tersebut masih boleh digunakan pada pada masa ini? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat frasa duka lara bermaksud nestapa susah(sedih)hati yang amat sangat.Frasa ini masih boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.01.2008 |
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih. | 1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. 4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya. 5. Ayat a, b, c, dan d betul.
| Tatabahasa | 24.03.2013 |
|
|