Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Terima kasih diucapkan terlebih dahulu. Di sini, saya ingin bertanya satu soalan,Diharap tuan dapat membantu saya. Antara rakan sekalian dan rakan-rakan sekalian, yang mana betul? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2009 |
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih. | Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik? | Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. | Lain-lain | 16.07.2008 |
Selamat sejahtera diucapkan. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang ayat majmuk. Diharap pihak tuan/puan dapat membantu saya. i) Kain sari itu berkualiti. ii) Kain sari itu dhasilkan dengan teliti. Ayat majmuk untuk kedua-dua ayat tunggal di atas ialah: a) Kain sari yang berkualiti itu dihasilkan dengan teliti. b) Kain sari itu berkualiti dan diahasilkan dengan teliti. a atau b merupakan jawapan yang tepat? Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu. | Encik Teoh, Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat majmuk kerana mempunyai dua ayat tunggal. Akan tetapi, kedua-dua ayat ini boleh dijadikan satu ayat dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Proses gabungan ini dipanggil ayat majmuk gabungan. Oleh itu, ayat sdr akan dibina seperti berikut: Kain sari itu berkualiti dan dihasilkan dengan teliti. Untuk makluman sdr, ayat (i) dan (ii) mempunyai unsur yang sama dan diulang, iaitu kain sari. Oleh itu, bahagian yang sama itu boleh digugurkan dan ditambah dengan kata hubung "dan". | Tatabahasa | 27.03.2009 |
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru? | Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.04.2009 |
Ucapan terima kasih diucapkan terlebih dahulu kerana telah menjawab banyak kemusykilan saya. Soalan saya seterusnya ialah, antara "Saya sekeluarga suka makan durian." dan "Sekeluarga saya suka makan durian." yang mana betul? "saya sekeluarga" tepat atau "sekeluarga saya" tepat? Terima kasih. | Yang betul ialah saya sekeluarga suka makan durian. | Tatabahasa | 17.01.2009 |
Salam sejahtera dan salam perpaduan diucapkan, saya seprang pelajar dari unimas. Saya amat berminat untuk mengarang esei mahupun cerpen pendek...saya juga teringin untuk menghasilkaan artikel-artikel yang dapat dikongsi kepada yang lain melalui hasil penulisan saya. Bolehkah tuan/puan mencadangkan kepada saya, di mana saya dapat menghantar artikel-artikel yang dikarang oleh saya atau dapatkah membuatnya sebagai kerja sambilan sambil belajar...saya turut boleh mengarang sesuatu artikel mengikut tajuk yang diberikan kepada saya...motif utama adalah untuk memperutuhkan penggunaan bahasa melayu saya dengan lebih mendalam lagi...diharapkan agar tuan/puan dapat memberikan respon terhadap soalan yang telah saya utarakan...sekian, terima kasih. | Salam sejahtera kepada saudari, Berkaitan dengan pertanyaan saudari tersebut, KNB mencadangkan saudari merujuk majalah-majalah yang diterbitkan oleh DBP. Untuk makluman saudari, DBP setiap bulan menerbitkan pelbagai majalah dalam pelbagai bidang antara Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, dan lain-lain. Dalam seperti majalah tersebut, ada disediakan surat atau pendapat daripada pembaca. Justeru, saudari boleh memanfaatkan ruangan-ruangan tersebut untuk menghantar setiap hasil tulisan saudari yang berkaitan. Untuk penulisan kreatif pula seperti cerpen dan puisi, saudari boleh menghantar karya ke majalah Tunas Cipta dan Dewan Sastera. Untuk mendapat alamat setiap majalah tersebut, saudari boleh merujuk di laman internet DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.02.2010 |
terima kasih saudara | Terima kasih atas penghargaan yang diucapkan. Terus bersama-sama DBP memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 20.10.2010 |
Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Ejaan | 26.01.2012 |
Kenapa salah satu daripada faktor salah ? bukankah lebih gramatis kalau diucapkan salah satu daripada faktor berbanding dengan salah satu faktor ? terima kasih. | Frasa salah satu daripada faktor tidak salah tetapi frasa salah satu faktor telah lengkap, maknanya boleh digunakan kedua-dua frasa dan kebiasaannya kita menggunakan ayat yang pendek. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata diucapkan |
|
|