Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kami memerlukan maklum balas tuan untuk borangn Resit Resmi bagi sejumlah wang diterima bagi bayaran tertentu, butiran yang mana lebih menepati bahasa : 1. DITERIMA DARI atau DITERIMA DARIPADA 2. Orang yang mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran yang diterima : PENERIMA atau DISEDIAKAN OLEH atau DITERIMA OLEH | Jawapan yang betul ialah DITERIMA DARIPADA, manakala jawapan kedua ialah PENERIMA dan DITERIMA OLEH | Lain-lain | 03.06.2021 |
"yang diterima oleh kita", "yang diterima kita", "yang kita terima" yang manakah betul? | Jawapan yang kita terima betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 493-494. | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Perkataan mengemop diterima? | Perkataan mengemop diterima dan diberikan takrif membersihkan lantai, tangga dan sebagainya dengan menggunakan mop. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (2021) | Makna | 22.04.2025 |
yang manakah betul: - sila buat bayaran /sila buat pembayaran - bayaran yang diterima... / pembayaran yang diterima... - kami tidak menerima sebarang bayaran daripada anda / kami tidak menerima sebarang pembayaran daripada anda - bayaran yang dibuat gagal / pembayaran yang dibuat gagal | Kedua-dua frasa tersebut betul dan boleh digunakan. Bayaran bermaksud wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: manakkala "pembayaran"perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; | Tatabahasa | 13.10.2017 |
Apakah maksud rangkaian kata hasil jualan | Hasil jualan ialah pendapatan yang diterima atau akan diterima oleh individu atau sesebuah syarikat daripada penjualan barang atau penyediaan perkhidmatan. | Makna | 17.11.2021 |
1 Farhana mencampakkan gundu ke tanah. 2 Farhana mencampak gundu ke tanah. Adakah jawapan no 2 diterima? Atau kedua-dua diterima? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2014 |
Adakah penggunaan perkataan "kapasiti" dan "kapabiliti" diterima dalam Bahasa Melayu. | Istilah kapasiti telah diterima dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "capabiliity" ialah kemampuan, keupayaan atau kebolehan. "Kapabiliti" tidak diterima dalamm bahasa Melayu. | Istilah | 20.02.2017 |
A)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. A)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. B)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel. Mana mana ayat boleh diterima kalau guna "di"dan"ke"ATAU semuanya boleh diterima. | Semua ayat yang berikut A) Ali dan keluarga bercuti ke Sarawak. B)Ali dan keluarga bercuti di Sarawak. C)Ali meletakkan pensel di dalam bekas pensel. D)Ali meletakkan pensel ke dalam bekas pensel betul kerana kedua-dua kata sendi nama "di" dan "ke" dalam ayat ini di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 29.09.2018 |
Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai. | Tatabahasa | 30.08.2015 |
Soalan pilihan ( atau, dan) 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? Sekian, terima kasih. | 1) Ali ___________ Ah Meng bermain bola? - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat, Ali atau Ah Meng yang bermain bola? Jawapan yang tepat adakah "atau"sebab ada tanda soal di belakang, atau jawapan "dan " juga boleh diterima? 2) Buah-buahan _________ sayur-sayuran ada vitamin. - Ayat ini juga tidak gramatis. Ayat yang tepat, Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin. Jawapan hanya " dan " boleh diterima, atau jawapan "atau "juga boleh diterima? | Tatabahasa | 27.10.2015 |