Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"? | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 26.11.2013 |
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ? | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Assalamualaikum. Saya keliru dengan penggunaan pada dan kepada. Bawakan Puteri Amrina PADA seorang dayang istana" ATAU Bawakan Puteri Amrina KEPADA seorang dayang istana" Boleh saya tahu yang mana satu betul? Terima kasih | Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama yang betul ialah kepada, Bawakan Puteri Amrina kepada seorang dayang istana. | Tatabahasa | 15.12.2015 |
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasih | Patik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih. | Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi. | Tatabahasa | 17.01.2012 |
Salam sejahtera; Tuan Apakah kata ganti nama diri pertama yang paling sesuai bagi dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri / putera? Harap tuan berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih. | Kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi Dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri/putera ialah "hamba", manakala bagi tuan puteri/putera pula ialah "patik". | Istilah | 29.03.2013 |
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga? | Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut. | Sastera | 17.02.2011 |
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih. | "Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wataala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan. 1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wataala. 6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam... 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... | Tatabahasa | 06.04.2014 |
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba | Encik Tony, Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik. | Tatabahasa | 22.06.2010 |