Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Berikut penggunaan yang betul. a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu? | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Makna Karisma | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.09.2008 |
apakah maksud karisma? tolong jelaskan | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. | Makna | 02.01.2013 |
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih. | Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?' | Saudara, Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP. | Makna | 23.10.2010 |
Salam, saya ingin mengetahui adakah istilah daya tahan boleh digunakan dalam penyelidikan ilmiah sebagai terjemahan kepada perkataan (resilience). Apakah beza atau persamaan antara daya tahan dan resilien? Semoga dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. | Istilah | 27.05.2013 |
INVENTIVE | DAYA CIPTA | Istilah | 21.03.2011 |
apakah maksud 'hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih' | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya" ialah tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan. Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
keterangan tentang peribahasa hendak seribu daya,tak nak seribu dalih | Maksud peribahasa "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih" bermaksud setiap ada kemahuan, tentu ada jalan. | Lain-lain | 04.10.2009 |
yang manakah benar: nak seribu daya tak nak beribu dalih | Peribahasa yang betul ialah, hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya (rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu) | Lain-lain | 02.07.2007 |