Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
12, Kerana dia bergaduh dengan adik saya, Salim tidak datang-datang ke ramah kami lagi .Tiada kesalahan Munsyi, adakah ayat ini gramatis? saya berpendapat bahawa ayat ini ayat songsang. kerana boleh letak di hadapan ayat, betulkah jawapan saya, munsyi? | Ayat itu betul. Ayat songsang juga ayat gramatis. Sila rujuk buku tatabahasa sebagai panduan untuk membina ayat dengan gramatis. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ? | Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. | Tatabahasa | 19.06.2010 |
Jemput dan undang ; adakah sama maknanya. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jemput bermaksud mengajak atau mempersilakan datang; mengundang: Undang pula bermaksud mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb). Oleh itu, kedua-duanya mempunyai makna yang sama. | Makna | 31.07.2011 |
Bau hangus itu datang dari oven itu / Bau hangus itu datang daripada oven? | Bau hangus itu datang daripada oven. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Yang manakah betul "insyaAllah saya datang" atau "insya-Allah saya datang" | Ejaan yang betul ialah "insya-Allah saya datang" | Ejaan | 21.07.2011 |
Halim datang lewat ke sekolah atau Halim datang ke sekolah lewat. Ayat yang manakah yang betul? | Kedua-dua ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah Halim lewat datang ke sekolah. | Tatabahasa | 19.10.2007 |
Ayat manakah yang betul? A) Dia datang dari Singapura? B) Dia datang dari Singapurakah? | Jawapan yang betul ialah A) Dia datang dari Singapura? | Lain-lain | 15.11.2010 |
Yang mana betul; "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" atau "walaupun tidak sehat, tetapi dia tetap datang" | Ayat yang pertama "walaupun tidak sehat, dia tetap datang" lebih gramatis. | Tatabahasa | 08.06.2011 |
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa? | Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya." Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
1Pegawai itu datang DARIPADA Pejabat Daerah. 2.Pegawai itu datang DARI Pejabat Daerah. Menurut pejelasan daripada KNB pada 29.7.08,soalan 1 betul kerana daripada digunakan untuk institusi yang berkaitan dengan manusia.Namun,dalam Tatabahasa Dewan (2006) m.s.256 soalan 2 adalah persis.Apa komentar Tuan Munsyi? | Untuk makluman saudara buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan pada tahun 2008 ialah buku tatabahasa yang terkini. Dalam ayat pertama penggunaan kata sendi nama dari betul selepas perkataan datang kerana menunjukkan tempat atau arah.. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat seperti ini kata sendi nama daripada digunakan yang menyatakan punca bagi manusia ,haiwan,benda,dan unsur mujarad.Contoh: Pegawai daripada Pejabat Daerah itu ialah seorang wanita. Saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269- 271 untuk contoh penggunaan yang lain. | Tatabahasa | 01.08.2008 |