Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud perkataan daif? bolehkah anda bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan daif dan laif?? terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah, contoh ayat: Tidak baik jika kita memandang rendah kepada orang yang daif. | Makna | 01.04.2010 |
bolehkah anda beri contoh ayat bagi perkataan 'laif''? terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan laif berasal dari Arab yang bermaksud daif. Contoh ayat: orang yang daif. | Istilah | 03.04.2010 |
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasih | Pandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit. | Lain-lain | 25.07.2013 |
maksud perkataan laif dan marcapada? adakah ayat ini betul?'marcapada ini,manusia laif dengan kebendaan??? terima kasih | Saudara Thrishnaa, Maksud perkataan 'laif' dan 'marcapada' ialah daif dan dunia sekarang ini. Ayat seperti ini mungkin boleh digunakan dalam penulisan esei, novel atau cerpen. | Makna | 31.03.2010 |