Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik? | Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih | Istilah | 15.07.2009 |
byk kilang di kilang telah mengeluarkan asap-asap yang berbau busuk. perkataan kilang atau asap yg digandakan itu betul ke? apa jawapan yg betul? | Penggandaan kilang tidak perlu kerana terdapat perkataan "banyak" sebelumnya. Begitu juga dengan asap, ia adalah lewah. Jawapan yang betul ialah "banyak kilang telah mengeluarkan asap yang berbau busuk". | Tatabahasa | 13.03.2009 |
1.Apakah makna perkataan Pering ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pering bermaksud 1. berbau busuk (spt bau air kencing), haring, hancing. 2. Jw ark buluh; Contoh ayat, pering petung (betung) buluh betung. | Makna | 21.02.2010 |
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya. | Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 05.10.2008 |
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah? | Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkohol | Istilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk. | Istilah | 27.10.2006 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tq | Perkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam 2. Deria pandang - cantik dan hodoh 3. Deria dengar - bising dan garau 4. Deria bau - harum dan busuk 5. Deria sentuh - halus dan keras Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. Kamu kira lagi, kata cikgu. Kamu kena kira lagi, ulang cikgu. Yaya kira lagi. Satu tambah lima jadi enam, kata Yaya. Yaya bijak!, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. Terima kasih, papa, kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk |
|
Puisi |
---|
|
Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.
Lihat selanjutnya... |
|