Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI | Fonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. | Makna | 06.09.2006 |
mengapakah perlunya peminjaman bahasa asing dilakukan ke dalam bahasa Melayu? | Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dan Arab, bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. peminjaman bunyi-bunyi bahasa ini ialah untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. | Lain-lain | 05.10.2006 |
Nyatakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa melayu secara jelas dengan menunjukkan fungsi-fungsi alat artikulasi dan kedudukan daerahnya. | Saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut. | Lain-lain | 17.09.2007 |
Kita tahu bahawa setiap bunyi dalam perkataan mewakili 1 suku kata. Vokal berganding seperti 'ua' menghasilkan dua bunyi. Bunyi vokal berganding yang terdapat dalam perkataan 'dua' dan 'tua', hadirnya dua bunyi,seolah-olah dieja seperti 'tuwa' & 'duwa' Soalan saya, 'dua' & 'tua' mempunyai 1 bunyi suku kata atau 2 bunyi suku kata? | Perkataan dua dan tua mempunyai satu suku kata. | Lain-lain | 18.07.2010 |
maksud kosonan dan maksud vokal | Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul? | Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat. | Istilah | 04.11.2012 |
istilah perkataan " kekunci" | Istilah 'kekunci' terhasil melalui proses gandaan separa kata nama yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar, iaitu ku-kunci. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet menjadikan ku-kunci kepada kekunci. | Tatabahasa | 03.03.2007 |
Penerangan tentang Fonem Suprasegmental | Fonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
apakah bunyi monyet? | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada bunyi khusus yang boleh digelar sebagai bunyi monyet seperti mana bunyi ayam dan itik. Sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 20.01.2011 |
lepak lapuk | Kata yang lazim ialah lepak lepuk dan bukannya lepak lapuk. Lepak lepuk ialah bunyi seperti bunyi barang jatuh ke tanah. Manakala lapuk ialah reput atau terlalu lama atau usang ; atau bunyi orang bertepuk tangan. | Makna | 15.06.2008 |