Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Peribahasa: Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. Maksud: Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. Saya ingin bertanya, mengapa 'telinga tempayan' itu dikatakan membawa kepada kebaikan sedangkan maksud 'telinga tempayan' adalah orang yang tidak mahu mendengar kata? Sudilah kiranya pihak tuan menerangkan, mengapa maksud peribahasa itu begitu. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami tidak ada maklumat tentang sebab peribahasa tersebut diungkapkan, melainkan maksud peribahasa seperti yang puan maklumi. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat yang berkaitan. | Makna | 01.06.2014 |
1. Biar saya menyelamatkan budak itu! 2. Biar saya selamatkan budak itu! Ayat manakah yang gramatis? | Kedua-dua ayat tersebut gramatis. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih. | Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran. | Penyelidikan | 15.01.2018 |
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu | Maksud "Belum duduk sudah berlunjur": Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. "Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. | Makna | 23.02.2009 |
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu. | Tatabahasa | 04.09.2015 |
Saya nak tanya kemusykilan, bolehkan peribahasa berikut di tukar spt ini..Gengam bara api biar sampai jadi EMAS? mungkinkah bara boleh menjadi emas? adakah peribahasa boleh ditukar sewenang2nya dan tidak menjadi kesalahan dari segi keasliannya? mohon pencerahan. | Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran. | Sastera | 24.03.2016 |
versi penuh peribahasa biar mati anak jangan mati adat | Saudara Muhammad Ali Sobri, Makna peribahasa tersebut ialah adat yang tidak boleh dilanggar. | Makna | 10.03.2010 |
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah? | Frasa yang betul ialah paip getah. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
melentur buluh biarlah dari rebungnya atau melentur buluh biar daripada rebungnya. Penggunaan dari atau daripada. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, peribahasa yang diberikan ialah melentur biarlah waktu rebung. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.03.2010 |