Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ? | Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. | Istilah | 27.02.2012 |
1. Ali mengelap tingkap dengan bersih. 2. Ali mengelap tingkap supaya bersih. Ayat manakah yang betul? | Ayat yang betul ialah Ali mengelap tingkap supaya bersih. Penambahan kata supaya merupakan kata keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati atau diharapkan. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"? | membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;. Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut. sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan. Contoh: membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut. 1. Ali membersihkan sampah itu. 2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali. Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"? | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Lain-lain | 30.01.2011 |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih. | Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. | Makna | 30.01.2011 |
1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung ( pada , kepada )orang lain lagi ? Jawapan manakah lebih sesuai ? TQ 2(A) Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. @ (B)Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. Ayat A @ Ayat B lebih tepat? 3. kuih-muih tradisional @ kuih-muih lama ? 4. mencuci kasut hingga bersih @ mencuci kasut sehingga bersih ? Terima kasih.................. | 1. Apabila sudah dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung pada orang lain lagi. 2. Kakak membuat kerja sekolah dengan teliti di bilik bacaan. Kakak membuat kerja sekolah di bilik bacaan dengan teliti. - kedua-duanya betul. 3. Kuih-muih tradisional. 4. Mencuci kasut hingga/sehingga bersih. - hingga/sehingga kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 10.05.2010 |