Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
kalau dalam ayat 'Demi kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu' atau 'Demi menjaga kemakmuran negara, rakyat mesti bekerjasama dan bersatu padu'. yang mana satu betul??? | Puan, Kedua-dua ayat betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
berikan kesalahan ayat yang menggunakan perkataan (demi,untuk),(terhadap,tentang),(dengan,akan) | Contoh penggunaan kata sendi nama 'demi dan untuk' ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara.' Ayat yang betul ialah 'Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.' Manakala contoh kesalahan penggunaan kata sendi nama 'dengan dan akan' ialah 'Wanita itu amat rindu dengan anaknya.' Ayat yang betul ialah 'Wanita itu amat rindu akan anaknya.' | Tatabahasa | 07.03.2007 |
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan". | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping. | Istilah | 08.06.2009 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran? | Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk rencana-rencana tentang kejiranan. | Lain-lain | 10.06.2008 |
Salam Khidmat Nasihat DBP, Disertakan kekeliruan saya dalam tatabahas. | 1. Kata demi yang bersinonim dengan untuk bertugas membawa makna tujuan seperti rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi/untuk kestabilan negara. Adapun ayat contoh yang diberikan surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran telah ditampal pada papan kenyataan untuk perhatian semua guru. Perkataan untuk dalam ayat tersebut tidak boleh bertukar dengan kata demi kerana untuk dalam ayat ini berfungsi menunjukkan kegunaan sesuatu. Sebaliknya kata untuk dalam ayat tersebut boleh bervariasi dengan bagi. 2. Frasa di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat contoh yang diberi frasa di mana hendaklah digantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai seperti dan. 3. Berdasarkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Namun isunya di sini penggunaan kata pemeri adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif seperti "adalah untuk". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Orang ramai disreu supaya menghulurkan bantuan ________ mengurangan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana. Jawapan ialah ' bagi ' Nak tahu sebab kenapa kita tidak boleh guna 'demi'. Ada guru boleh bantu saya memberikan penjelasan? Terima Kasih. | Kata sendi nama demi digunakan bagi membawa makna tujuan, seperti "rakyat mesti bersatu padu demi kestabilan negara". Kata sendi nama demi tidak boleh bervariasi dengan bagi. Kata sendi nama bagi (dan untuk) digunakan bagi menunjukkan kegunaan sesuatu seperti dalam contoh ayat tersebut ... Bantuan bagi/untuk mengurangkan beban .... | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Salam Sejahtera Saya ingin tahu pengunaan kata sendi "untuk", "bagi" dan "demi" dengan tepat. Walaupun saya sudah merujuki Tatabahasa Dewan tetapi masih kekeliruan. Tarima kasih. | Kata sendi nama untuk dan bagi sama penggunaannya dan fungsinya untuk menunjukkan kegunaan untuk semua, seperti dalam ayat; Kereta itu untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. Walau bagaimanapun untuk menyatakan maksud bahagian yang dikhususkan kata sendi nama untuk sahaja digunakan, seperti contoh ayat; Hadiah itu untukmu. Manakala kata sendi nama demi bermaksud tujuan, seperti contoh ayat; Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. | Tatabahasa | 19.08.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
|