Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya telah menggunakan carian kata, tetapi tidak berhasil. Adakah perkataan "berdayausaha" itu betul? Ataukah "berdaya usaha"? | Ejaan yang betul ialah berdaya usaha. | Ejaan | 06.02.2008 |
Saya inginkan kepastian mengenai istilah terjemahan 'coping'. Mengapa apabila kita terjemahkan ke dalam Bahasa ia adalah 'daya tindak'? Kenapa tidak 'berdaya tindak'. Mohon penjelasan mengenainya. Terima kasih. :) | Istilah dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar dalam bidang berkenaan. Contohnya istilah coping mechanism walaupun boleh diterjemahkan kepada mekanisme berdaya tindak tetapi istilah yang dibina ialah mekanisme daya tindak. Tambahan maklumat, kebanyakan istilah yang dibina dalam bentuk kata nama. | Istilah | 29.06.2012 |
teguh | Antara makna teguh ialah tegap, kukuh, keras, bertenaga, dan berdaya. | Makna | 21.05.2010 |
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian? | Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
Soalan: perkataan yang paling sesuai dengan istilah "kedayahidupan" dan "berdayahidupan". Contoh persoalan adalah seperti yang dilampirkan. Jasa baik amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah berdaya maju. | Istilah | 22.04.2008 |
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. | Tatabahasa | 07.09.2011 |
implikasi-implikasi bahasa rojak | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain. | Lain-lain | 06.02.2009 |